Template by:
Free Blog Templates

19 May 2013

Jamuan

Ketua umno bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengingatkan ahli-ahli parti walaupun parlimen menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN),tetapi jangan ambil mudah untuk pilihanraya umum (PRU) ke 14.





Lima tahun bukan lama dan UMNO bahagian Larut bersyukur kerana bukan sahaja dapat menggekalkan kesemua empat kerusi yang dipertandingi dengan majoriti bertambah.

Beliau berkata demikian di jamuan jasamu dikenang bagi peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah di Taiping, petang tadi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias dan ketua-ketua umno cawangan dan ketua kampung turut hadir di sebuah hotel.

Beliau memberitahu tumpuan harus diberikan kepada generasi muda kerana bilangan pengundi dikalangan mereka semakin bertambah.

Beliau menyeru pembangkang agar menerima keputusan PRU ke 13 dengan sikap yang terbuka.












Beliau turut mengucapkan tahniah diatas perlantikan ahli parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin sebagai timbalan menteri luar dan ADUN Batu Kurau, Dr Mohd Amin Zakaria sebagai exco Perak.

Majlis anjuran kontrektor-kontrektor itu bagi mengenang jasa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sebagai wakil rakyat.

17 May 2013

Petaque

Ketua UMNO bahagian larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengalu-alukan perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan.









Perlantikan ketua pemuda UMNO itu diharap dapat memajukan sukan dan belia di negara ini.

Beliau berucap merasmikan kelab petaque dewan undangan negeri (DUN) yang telah diterima pendaftarannya secara resmi, petang hari ini.

Turut hadir pegawai belia dan sukan daerah, Azni Ismail dan timbalannya, Nasaruddim Mawi, ketua kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran dan pengerusi kelab Petaque Kubu Gajah, Abdul Karim Haji Ismail.













Selaku penaung, beliau berkata penubuhan kelab itu selain menggakakan aktiviti sukan juga dapat memupuk semangat perpaduan.

Kelab itu ditubuh lebih dua tahun yang lalu, tetapi baru berdaftar atas nasihat Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

6 May 2013

PRU



Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar mengucapkan tahniah diatas kejayaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memenanggi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 dan menubuhkan Kerajaan Pusat.

BN Memenanggi 133 daripada 222 kerusi peringkat Parlimen pada Pru ke 13.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diatas kejayaan BN memenanggi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya membentuk Kerajaan.

Beliau juga menyatakan rasa syukur dan gembira kerana BN berjaya mempertahan/memenanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan di peringkat Parlimen Larut, dengan majoriti yang bertambah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua calon BN yang bertanding di Parlimen Larut, DUN Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.






Dalam keputusan semalam, 
Parlimen Larut, BN (22184), PAS (16888), BEBAS (278) majority (5296).

DUN Selama, BN (6854), PAS (6235) majority (619).

DUN Kubu Gajah, BN (5807), PAS (4722) majority (1085).

DUN Batu Kurau, BN (9789), PKR (5955) majority (3834).

5 May 2013

Mengundi

Suasana mengundi di pusat membuang undi di sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, pagi tadi.

























Selepas mengundi, ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dan isteri serta keluarga, meluangkan masa melawat jentera parti di bilik gerakan Barisan Nasional (BN).

3 May 2013

Bilik gerakan


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar malam ini melawat beberapa buah bilik gerakan di pusat daerah mengundi (PDM) dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

 



Beliau melawat bilik gerakan PDM Batu 20, Sungai Segar dan Tebing Tinggi.

 
















Beliau yang diirimggi naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kasim semalam melawat PDM sungai Jernih, kampung Sangkut, Bendang Luas dan Redang Panjang bagi meninjau jentera dan kempen pilihanraya.