Template by:
Free Blog Templates

31 August 2010

UMNO-Kemerdekaan




UMNO Perak menyatakan rasa syukur negara menyambut ulangtahun kemerdekaan yg ke 53 dalam suasana harmoni.

Ditambah pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terus mendapat sokongan selepas memngambil alih kepimpinan negara.

UMNO Perak mengadakanmesyuarat perhubungannya petang ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Ipoh.

Dalam mesyuarat tertutup ia lebih tertumpu kepada memperkuatkan parti menghadapi pilihanraya akan datang.

Soal memperkukuhkan perpaduan semua peringkat harus diutamakan.

26 August 2010

Sekolah Kebangsaan hangus




Sekolah Kebangsaan Jelai di Batu Kurau petang tadi terbakar hangus.

Kebakaran disedari jam 3,45 petang. Ketika kejadiaan guru besar berada dalam bilik dan beberapa orang pegawai dan kakitangan yang lain.

Bangunan 2 tingkat yang hangus itu telah memusnahkan satu bilik guru besar, lima bilik darjah dan satu bilik komputer.

Saya selepas dimaklumkan telah berkejar ke sekolah tersebut. Saya juga telah menghubungi setiausaha sulit timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri pelajaran mengenai kebakaran tersebut.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan saya dimaklumkan pelajar-pelajar terbabit terpaksa menggunakan dua buah dewan serbaguna dan orang ramai buat sementara.

Dalam kebakaran itu bagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Ketika saya sampai, Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar dan yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan , Mohd Isa Taha telah memberi taklimat.

25 August 2010

Belia





Rancangan tanah Belia khas pondok tanjung (RTBK) adalah rancangan tanah Belia contoh yang memberi pendapatan yang memuaskan.

Justeru RTBK diseru mengekalkan pretasinya itu dan menjadi diantara rancangan tanah Kerajaan yang menyumbang.

Terletak bersebelahan pusat ternakan negara di ladang Sungai Sear ia sudah pasti mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi RTBK.

Saya berkata demikian di Majlis berbuka puasa di rumah Yusof Bakar, 59 tahun di RTBK petang tadi, sambil menyampaikan sedikit sumbangan.

Turut hadir Ketua UMNO cawangan, Mutalib Mat DOM dan ketua kampung RTBK, Ismail Hashim.

24 August 2010

Projek







Jkkk diminta agar sentiasa meninjau perlaksanaan projek-projek pembangunan di tempat mereka bagi menggelakan ia dilaksanakan tidak mengikut jadual dan spekfikasi.

Ketua-ketua Kampung juga harus menerangkan mengenai kelewatan setengah-tengah projek kepada anak buah mereka bagi menggelakan sebarang kekeliruan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di rumah Zabariah binti Abdul Hamid, 70 tahun di Kamung Sangkut, Ijok, petang tadi.

JKKK juga diingatkan agar sentiasa pro aktif dalam membincangkan masalah kampung bagi menggelakan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk setempat.

Turut hadir Ketua Kampung Kampung Sangkut, Mat Zan bin Kassim dan JKKK serta Ketua-Ketua Kampung berdekatan di majlis tersebut.

Saya juga mengumumkan lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ke DUN Kubu Gajah pada 3 September ini. Beliau akan berada di Bagan Bahru dan akan menmyampaian sumbangan Hari Raya.

23 August 2010

Pemuda sakit



Melawat Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pondok Quinn, Batu Kurau, Norasmi bin Yusuff, 35 tahun yang baru keluar daripada menerima rawatan di Hospital Taiping di rumahnya di Pondok Quinn.

Beliau adalah juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut. Beliau begitu gembira menyambut kedatangan Saya dan kelihatan beransur sihat.

Norasmi adalah seorang ahli pemuda yang cukup aktif dan sentiasa mengambil bahagian dalam perbahasan di Persidangan Agung UMNO Bahagian.

Nasyid bentuk displin




Nasyid juga boleh membentuk nilai-nilai akhlak yang baik dan displin yang tinggi di kalangan kanak-kanak kerana ia banyak membawa nasihat yang berguna.

Justeru nyanyian nasyid janganlan dipandangan sebagai kelas kedua, malah kebanyakan lagu nasyid adalah berbetuk nasihat.

Islamjuga berdakwah melalui nasyid, justeru remaja haruslah melihat nasyid ini sebagai seni warisan yang kaya dengan pelbagai kebaikan.

Saya berkat demikian selepas persembahan nasyid kanak-kanak sekolah rendah daripada kumpulan Al-Hidayah dari Kampung Haji Mat Asek di majlis berbuka puasa di Kampung Pulau Damar, Sungai Ara.

Nasyid juga boleh popular sebagaimana lagu-lagu pop sekiranya semua pihak memainkan peranan mempopularkannya, terutama di radio-radio.

Saya berharap radio-radio tempatan akan memberi ruang yang lebih kepada mempopularkan lagi nasyid, selain pertandingan mengubah lirik lagu di kalangan remaja turut juga diadakan.

22 August 2010

Agenda perpaduan








Mereka yang memperlekehkan kutbah jumaat harus dikenakan tindakan kerana ia menghina agama Islam.

Islam adalah agama rasmi negara dan ia harus dihormati oleh semua pihak termasuk yang bukan beragama Islam.

Mengenai perpaduan Ummah, saya telah menyarankan semua ketua kampung dalam Parlimen Larut menjadikan isu perpaduan sebagai agenda utama dalam semua mesyuarat JKKK.

Walaupun Islam agama rasmi, tetapi ia tidak menyekat kebebasan beragama. Justeru kebebasan itu janganlah pula ada yang mengambil kesempatan.

Ini kerana isu perpaduan semakin penting untuk memastikan masa depan orang melayu terjamin sertan juga bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan raya dan majlis berbuka puasa peringkat Dun Batu Kurau di masjid Mukin Batu Kurau petang tadi.

Semua ketua-ketua cawangan UMNO dan ketua kampung turut hadir di majlis dan juga diadakan tahlil.

21 August 2010

Nasib orang melayu






Orang melayu harus sepakat dan satu hati dalam menyatasi masalah mereka.

Ramai yang simpati dengan delima orang melayu di Pulau Pinang dan ia harus dijadikan iktibar kepada orang melayu seluruhnya.

Saya berkata demikian ketika berucap di Majlis berbuka di rumah Haji Dala Bin Haji Nasir 77 tahun di pulau Damar, Sungai Ara petang tadi.

Justeru orang melayu jika berpecah, mereka akan menjadi semakin kecil dan akhirnya hilang kuasa di tanah tumpah darahnya sendiri dan kembali dijajah.

Turut hadir ketua kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Abdullah dan ahli-ahli JKKK dan ketua-ketua kampung berhampiran.

20 August 2010

Duit raya







Cek sebanyak RM 201,000 sumbangan felda untuk duit raya peneroka felda untuk duit raya peneroka felda, Ijok telah saya sampaikan petang tadi.

Mok cek tersebut saya sampaikan kepada pengurus felda Ijok, Razali bin Dan di majlis anjuran seranta felda jabatan Perdana Menteri di perkarangan masjid Al-Shukriyah, felda Ijok.

Dalam ucapan, saya menyeru seluruh umat islam bersatu jika mereka ingin mengekalkan ketuanan melayu dan terus menguasai kepimpinan dan pentadbiran negara.

Mereka harus melihat dan menjadikan iktibar dengan nasib orang melayu jika mereka hilang kuasa.

Warga felda harus bersyukur dan berterima kasih dengan keupayaan Kerajaan Barisan Nasional(BN) menjaga kebajikan mereka.

Saya turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada beberapa orang warga emas.

Semua yang hadir diraikan dalam majlis berbuka dan kemudian beramai-ramai solat berjemaah Maghrib.

19 August 2010

Fitnah




Masyarakat Islam diingatkan agar menjauhkan diri daripada perbuatan fitnah yang boleh memecah belahkan perpaduan dan itu jgalah yang dilarangkab oleh agama.

Namun perbuatan yang berdosa itu, tetap tidak dihiraukan oleh setegah-setengah daripada masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Saya berkata demikian dimajlis berbuka puaa dan penyampaian sumbangan kepada beberapa orang warga emas di rumah Pak Su Mat Arop bin Samah, 64 tahun di Bagan Bahru.

Pak Su Arop adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Mesjid Bagan Bahru dan seorang yang agak berpengaruh di kalangan masyarakat di Bagan Bahru.

Saya turut menyeru agar umay islam bersatu padu dan menggelakan perpecahan yang kelak merugikan mereka.

Orang lain suka melihat umat islam berpecah kerana mereka boleh mengambil kesempatan keatas perpecahan itu untuk kepentingan politik mereka.

18 August 2010

Buka Puasa Dengan Penduduk






Alhamdullilah semalam dapat menerima undangan berbuka puasa di sebuah rumah penduduk di Kampung Teras, dekat Ijok.

Walaupun, dalam hujan agak lebat, tetapi Che Hat bin Ibrahim, 54 tahun, tetap senyum gembira menerima kehadiran Saya kerana sudi berbuka bersama keluarganya dan jiran berdekatan.

Pendekatan berbuka di rumah orang kampung itu bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim sambil mendengar masalah dan khabar berita mereka.

Saya juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beberapa orang warga emas selesai majlis berbuka puasa.

Saya memberitahu penduduk di Kampung Teras, masalah banjir di situ akan berkurangan sebaik jalan baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Teras ke Ulu Mengkuang siap dibina tidak beberapa lagi.

Begitupun, Saya telah meminta agensi yang terlibat dengan projek tersebut agar sentiasa memantua keadaan banjir sekiranyanya hujan turun dengan lebat.

Turut hadir di majlis berbuka puasa itu ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abd Wahab bin Mohd Yatam.

17 August 2010

Yatim






Alhamdullilah, semalam berbuka Puasa dengan Anak-Anak Yatim dari Asrama Anak-Anak Yatim Simpang Pulai anjuran Syarikat Majuperak Berhad di Ipoh.

Lebih 100 orang hadir di majlis tersebut termasuk Media Tempatan. Sumbangn cek kepada sebuah Surau di Batu Gajah juga turut disampaikan.

Majlis berakhir dengan solat Isyak dan Sembahyang sunat Terawih.