Template by:
Free Blog Templates

24 August 2010

Projek







Jkkk diminta agar sentiasa meninjau perlaksanaan projek-projek pembangunan di tempat mereka bagi menggelakan ia dilaksanakan tidak mengikut jadual dan spekfikasi.

Ketua-ketua Kampung juga harus menerangkan mengenai kelewatan setengah-tengah projek kepada anak buah mereka bagi menggelakan sebarang kekeliruan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di rumah Zabariah binti Abdul Hamid, 70 tahun di Kamung Sangkut, Ijok, petang tadi.

JKKK juga diingatkan agar sentiasa pro aktif dalam membincangkan masalah kampung bagi menggelakan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk setempat.

Turut hadir Ketua Kampung Kampung Sangkut, Mat Zan bin Kassim dan JKKK serta Ketua-Ketua Kampung berdekatan di majlis tersebut.

Saya juga mengumumkan lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ke DUN Kubu Gajah pada 3 September ini. Beliau akan berada di Bagan Bahru dan akan menmyampaian sumbangan Hari Raya.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Terima kasih kerana mengingatkan JKKK supaya lebih proaktif menjalankan pemantauan pembangunan
setempat.

Masyarakat yang miskin betul2 tidak kenal pun siapa JKKK. Kalau kita tunggu mereka untuk membuat laporan mereka tak akan keluar menemui JKKK.

Saya memohon juga supaya biro Cawangan dan Bahagian supaya lebih reaktif dengan mengumpulkan masalah penduduk untuk mengumpul maklumat yang boleh diketengahkan untuk dijadikan dasar, undang2 dan peraturan/etika/syarat dsbnya.

Sebagai contoh dasar yang boleh diketengahkan ialah semua binatang ternakan diletakkan di satu kawasan (seperti di kaki gunung Ulu Jernih)jika haiwan ini tidak dipagar dengan baik. Kawasan ternakan ini diamanahkan kepada kerajaan untuk menguruskannya. Penternak hanya mendapat dividen berdasarkan tanaman modal $200 (lebih kurang) seekor lembu (harga borong) sebagai contoh.

Kalau UMNO tidak memulakan projek berupa amanah ini, nanti PKR pula yang akan memulakannya. Tentulah mereka menganggap UMNO tak pandai.

Dasar yang kedua ialah menyelaraskan hasil cukai tanah. Bagaimana kerajaan hendak menyelaraskan cukai kerana setengah tanah masih terendam (kerana tiada sistem peparitan) dan ada yang menjadi hutan (kerana peraturan RISDA, Pertanian, dan lain-lain agensi mengenakan syarat tertentu untuk tanam semula). Tak patutlah cukai yang tinggi diberikan kepada tanah terbiar.

Sebagai contoh saya nak tanam limau nipis (kerana habis tanaman asal dimusnahkan binatang perosak untuk dua ekar suku) tapi banyak syarat yang perlu diikuti.

Saya masih berpendapat yang wakil rakyat dan biro cawangan dan bahagian perlu membahaskan 'rang undang2' atau syarat2 yang sebegini. Cuba lihat kes saya di Jabatan Pertanian di Taiping dan Selama.

Inilah yang saya maksudkan NAIK PADANG selain daripada TURUN PADANG. Naik padang maksud saya YMDS jumpa agensi yang berkenaan untuk menimbang semula permohonan petani dengan menukar syarat yang sedia ada jika peruntukan masih ada.

Saya memohon kerana kerajaan sentiasa menambah peruntukan pertanian dengan syarat yang remeh temeh. Syarat inilah yang mesti dibahasakan di dewan negeri. Kalau banyak syarat tak perlulah tambah peruntukan bagi pertanian.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

YAB MB kita akan datang ke Bagan Bahru.

Kalau YMDS diberi peluang memberi sepatah dua kata saya memohon YMDS mengingatkan cadangan beliau hendak memajukan pekan Ijok dan Kubu Gajah.

Saya ingat YMDS perlu juga memantau cadangan beliau supaya ia tidak menjadi sebuah impian semata-mata.

Saya melihat perkara ini penting supaya kampung di sekitarnya juga membangun seperti PJ dengan KL atau Taiping dengan Kamunting atau Pekan lama Parit Buntar dengan Pekan baru Parit Buntar, Pekan Kulim dengan Jalan Kilang Lama juga begitu.

Begitu juga tenakan moden Pondok Tanjung. Yang sebenarnya untuk mengusahakan padang ragut saya rasa sangatlah senang. Tapi bila saya pergi ke Taiping berulang alik kemajuannya tidak dapat kelihatan dari jalan raya.

CEO koridor utara hendak menunjukkan hasilnya pada 2012.
Lagi satu umpan pilihan raya. Yang saya takut ramai orang kita yang educated di kawasan ADUN Kubu Gajah yang melihat matlamat tersirat seperti ini. Yang kurang educated sudah tentu dapat melihat apa yang tersurat.

Tapi kenapa Kubu Gajah tak dapat pembangunan pelancongan dan pembangunan modal insan semasa perancangan koridor utara dirancang.

Pulau Pinang (tempat DAP)mendapat 44 kelulusan projek yang besar2 tapi kita (kawasan UMNO) hanya dapat projek kecil-kecilan seperti naik taraf jalan dan membaiki masjid. Kalau projek besar2 diluluskan di kawasan DAP sudah tentu ramai orang kita yang akan memangkah DAP (terutama sekali MCA dan MIC) satu hari nanti.

Pembanguan agro pelancongan sesuai diusahakan di kaki Gunung Bintang di kawasan ADUN Kubu Gajah dan Selama.

Pembangunan modal insan yang ada kaitan dengan ternakan sesuai diusahakan di Pondok Tanjung.

Modal insan yang berkaitan dengan kolej perikanan air tawar sesuai dibina antara sungai Krian dengan Jalan Selama-Bagan Serai.

Banyak lagi usaha yang meninkatkan ekonomi Kubu Gajah pada keseluruhannya'

Sekian untuk makluman YMDS