16 August 2010
Sekolah Tamil Dibantu
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Malaya dan SJK Tamil Ladang Stoughton dalam DUN Kubu Gajah adala diantara SJKT dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang menerima subsidi Utiliti (Elektrik) daripada Kerajaan Negeri Perak.
Cek-cek tersebut telah Saya sampaikan kepada Guru-Guru Besar Sekolah berkenaan di satu majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang, Selasa lalu.
Subsidi tersebut adalah bagi meringkankan bebanan pengurusan Sekolah-sekolah berkenaan.
Sementara itu, SJKT Ladang Stoughton turut memohon peruntukan sebanyak RM 50,000 bagi membina sebatang jalan tar ke sekolah tersebut ketika Saya mengadakan lawatan baru-baru ini dan permohonan mereka itu telahpun Saya pangkangkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir untuk kelulusan.
Sekolah tersebut juga meminta sedikit peruntukan untuk membaiki pulih sebahagian bangunan kelas dan kantin yang agak uzur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
P. Utahyakumar (barangkali semua wakil rakyat tahu siapa dia P. Utahyakumar) sebenarnya mempejuangkan hak orang India yang bukan ada kaitan dengan perlembagaan. Beliau lebih kepada hendak 'menukar perlembagaan'
Saya harap guru sekolah Tamil tidak terpengaruh untuk mengubah dasar kerajaan yang dipersetujui oleh majoriti (bukan minoriti) iaitu yang berlandaskan demokrasi.
Ramai juga guru sekolah Tamil yang tidak setuju dengan dasar kerajaan yang berlandaskan perlembagaan.
Saya mohon YMDS betul2 buat 'homework' bila memberi syarahan kepada kaum Cina atau India (terutama sekali kepada intelek mereka seperti GURU). Kita tak mahu lagi syarahan ala YB Allahyarhamu Ghafar Baba (macam IMPROMPTU). Tidak ada fakta yang dapat menyatukan kaum India supaya Malaysia 1 tercapai.
Ramai pemimpin memberi syarahan perpaduan tapi pendekatannya tidak disertakan. Bila ada pendekatan P.Utayakumar tidak setuju. Kalau kita pindahkan mereka dari tanah haram ke tanah halal mereka katakan "ETHNIC CLEANSING". Susah juga hendak menghayati orang India begini. Tapi pengaruhnya sudah sampai ke KULIM. Bila2 masa akan sampai ke Kubu Gajah. Bayangkan kalau masih ada 25% tidak datang mengundi di PRU 13 nanti. Saya rasa UMNO Kubu Gajah sudah mengenalpasti siapa 25% yang tak datang mengundi. Buat homework (kerja rumah) sedikit sebelum PRU13.
Sekian untuk pengetahuan YMDS.
Post a Comment