Template by:
Free Blog Templates

18 August 2010

Buka Puasa Dengan Penduduk






Alhamdullilah semalam dapat menerima undangan berbuka puasa di sebuah rumah penduduk di Kampung Teras, dekat Ijok.

Walaupun, dalam hujan agak lebat, tetapi Che Hat bin Ibrahim, 54 tahun, tetap senyum gembira menerima kehadiran Saya kerana sudi berbuka bersama keluarganya dan jiran berdekatan.

Pendekatan berbuka di rumah orang kampung itu bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim sambil mendengar masalah dan khabar berita mereka.

Saya juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beberapa orang warga emas selesai majlis berbuka puasa.

Saya memberitahu penduduk di Kampung Teras, masalah banjir di situ akan berkurangan sebaik jalan baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Teras ke Ulu Mengkuang siap dibina tidak beberapa lagi.

Begitupun, Saya telah meminta agensi yang terlibat dengan projek tersebut agar sentiasa memantua keadaan banjir sekiranyanya hujan turun dengan lebat.

Turut hadir di majlis berbuka puasa itu ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abd Wahab bin Mohd Yatam.

2 comments:

jebat said...

YMDS,
salam takzim,

Saya menyokong uasaha YMDS mendampingi rakyat. SYABASY !!!

Tapi sesekali ingin saya mendengar pandangan POLITIK YMDS untuk panduan saya.

Yang ikhlas
JEBAT

Anonymous said...

YMDS,

Banyak strategi politik YMDS menjumpai orang2 yang sudah pun menyokong yang berhormat atau UMNO. Tapi strategi yang baru kita perlu lebih menumpukan masa berjumpa pengundi2 atas pagar. Selalu pergi ke rumah mereka atau pun adakan perjumpaan.

Ada tiga kumpulan atas pagar yang saya kenalpasti:

Pengundi MUDA
Calon yang dahulunya mengundi UMNO tapi sekarang menjadi ahli PAS.
Pengundi cari makan, ikut resmi lalang.

Ramai juga antara mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai ketiga2 jenis kefahaman yang di atas.

Apa yang perlu kita lakukan, YMDS perlu jumpa YAB MB Perak kerana beliau mempunyai PHD dalam bidang politik. Sudah tentu beliau sudah menjalankan analisis strategi untuk mengatasi perkara ini. Apa yang saya takutkan kita berpolitik tidak betul2 berpolitik (setengah jalan) begitu juga untuk membangunankan ekonomi, kita mesti betul2 serious untuk memajukan ekonomi (bukan main2). Saya sebutkan main2 kerana PER CAPITA pendapatan orang Melayu masih di peringkat bawah jika dibandingkan dengan kaum Cina dan India (nisbah lebih kurang 3:2:1).

Nampaknya YMDS bergerak secara solo. Mana dia ketua biro politik dan ekonomi. Inilah kelemahan sistem mengundi untuk mencari ketua biro. Perkara sebeginilah yang jadi kecoh di Sungai Petani. Mereka yang dipilih ialah mereka yang retorik. Mereka harus juga bergerak ke penjuru yang lain.Perlu juga melantik mengikut kawasan/kampung supaya mereka dapat bergerak ke seluruh kawasan ADUN Kubu Gajah. Tak lama lagi PRU Sarawak akan diadakan. Sepatutnya kalau kita tak turun padang rancanglah strategi di rumah untuk kemenangan.

Sekian pendapat saya supaya mendapat perhatian daripada YMDS.