Template by:
Free Blog Templates

30 January 2012

Taklimat BN

Seluruh jentera parti Barisan Nasional (BN) menghadiri taklimat tertutup di Sungai Siput, petang tadi.

Semua pemimpin BN bahagian seluruh Perak hadir di pusat konvensyen.

Menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku pengerusi BN negeri menyampaikan amanat.

Anggota exco Kerajaan negeri, Datuk Shaharani Mohamad dan ahli majlis tertinggi (MT), Datuk Azian Osman turut memberi taklimat.

Taklimat kepada jentera parti adalah urusan biasa BN terutama menjelang pilihanraya umum.

Ia menekankan kepada lebih soal merapatkan perpaduan parti.

Ahli-ahlu BN semua peringkat harus menggelakkan sebarang pergeseran.

Sebarang pertikaian jika ada harus dibincang diperingkat dalaman dan bukan didedah kepada umum.

Jalan bahaya

Jabatan kerjaraya (JKR) digesa mengambil tindakan segera memperbaiki jalan yang rosak,berlubang dan tebing jalan yang mendatangkan bahaya kepada pengguna di jalan Teras ke Ulu Mengkuang dengan segera.

Jalan yang rosak itu amat bahaya terutama kepada penunggang motosikal pada sebelah malam.

Saya membangkitkan pekara tersebut di mesyuarat tindakan daerah Larut,Matang dan Selama hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan pegawai daerah, Harun Rawi dan dihadiri ketua-ketua jabatan.

Jalam Teras-Ulu menfkuang menjadi laluan utama orang ramai ke Grik dan negara jiran Thailand dan juga ke utara.

Mesyuarat juga meminta JKR membina bonggol dekat jalanraya dekat pusat kesihatan dan sekolah pekan Ijok bagi menggelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Banyak kenderaan terutama dari luar memandu laju dan membahayakan.

Sementara itu, pihak-pihak yang berkaitan diminta memberi kerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran sungai.

Akibat pencemaran itu,ramai penduduk kehilangan mata pencarian kerana masalah pencemaran yang menyakibatkan ikan mati.

Sungai yang tercemar akibat sampah juga sering manjadi ancaman banjir.

29 January 2012

Kaum





















Masyarakat bukan melayu diingatkan agar mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah merekaa yang cuba menimbulkan isu perkauman.

Mereka yang mencetuskan isu perkauman hanya ingin melihat kacau bilau dan huru hara berlaku.

Saya memberi amaran,negara akan menjadi tidak stabil dan melambatkan pembagunan jika perpaduan kaum menjadi masalah.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan hari raya cina di kampung Baru Redang Panjang petang tadi.

Turut hadir pengerusi MCA Redang Panjang, The Leong Hui dan pengerusi persatu, Toh Pe Kong Redang Panjang, Kiang Chew Way.

Saya juga menegaskan bahawa rakyat semua kaum bebas menganut agama dan budaya masing-masing,sekalipun Islam menjadi agama Rasmi.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi contoh terbaik kerana mampu berkongsi kuasa semua kaum dan telah diterima majoriti rakyat.

Selepas majlis,saya turut melawat beberapa orang penduduk cina di Redang Pangjang yang uzur. Mereka ialah Lee Lie Chong, 72 tahun dan Yap Yok Tai,71 tahun.

Saya juga melawat rumah-rumah yang uzur milik Cheat Kon Fong, 54 tahun dan Siew Kim Yoon, 53 tahun.

Tadika-JKKK














Kesyukuran







Menghadiri majlis kesyukuran di rumah kakak naib ketua Puteri UMNO bahagian Larut di Felda Ijok.

Junaidah Binti Ismail adalah juga ketua Puteri UMNO cawangan Felda, Ijok.

Turut hadir ketua pemuda UMNO Larut, Anuar Ariffin dan ketua kampung Felda Ijok, Haji Shulur Haji Jaman.

28 January 2012

Bermotor


















Mengetuai program ziarah bermotor ke rumah-rumah peneroka di Felda Ijok petang tadi.

Program melibatkan seramai 25 orang belia anjuran bersama Biro Tata negara (BTN) cawangan Perak.

Program itu melibatkan sebanyak 12 buah rumah dan diantara yang dilawat ialah peneroka yang uzur dan ibu tunggal.

Bungkusan berupa barangan makanan dan dapur turut disampaikan sepanjang program tersebut.

Turut sama dalam program tersebut ialah timbalan pengarah BTN negeri Mohd Termizi, ketua pemuda UMNO bahagian Larut, Anuar Ariffin, ketua kampung Felda, Haji Shukur Haji Jaman, Naib ketua Puteri bahagian, Junaidah Ismail dan ketua Belua Felda, Rosnizam Bin Che Mat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada BTN diatas pengajuran program melibatkan belia.

Program turun ke padang melawat peneroka Felda yang uzur dan ibu tunggal merupakan aktiviti harian saya.

Dalam lawatan dan ziarah petang tadi sebuah rumah telah dikenalpasti untuk dibaiki.