Template by:
Free Blog Templates

8 January 2012

PM ke Felda ijok






Sabtu, 14 Januari 2012 merupakan sejarah kepada warga Peneroka FELDA, Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah diatas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini adalah lawatan pertama seorang Perdana Menteri ke FELDA, Ijok yang merupakan tanah rancangan FELDA pertama yang dibuka di Negeri Perak pada tahun 1962.

Kebetulan FELDA, Ijok akan menyambut ulangtahun Jubli Emasnya (50 tahun) pada bulan Julai.

Kedatangan Perdana Menteri diharap membawa sinar baru kepada pembangunan dan Kemajuan di FELDA Ijok yang juga merupakan satu-satunya tanah rancangan FELDA di dalam Daerah Larut, Matang dan Selama serta juga Parlimen Larut.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan FELDA, Ijok terletak dibawah DUN Kubu Gajah, Saya telah melakukan lawatan meninjau keadaan di Pekan kecil yang telah begitu lama dibina di tanah rancangan tersebut bersama Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

Seluruh warga peneroka FELDA Ijok dan masyarakat sekitar Parlimen Larut dan yang berdekatan dengannya dijadualkan berhimpun beramai-ramai, memenuhi setiap ruang padang FELDA, Ijok untuk menyambut Perdana Menteri yang akan juga menyampaikan ucapan.

Penduduk dan pengundi di seluruh kawasan Parliman Larut, khususnya DUN Kubu Gajah mengalu-galukan lawatan Perdana Menteri dengan harapan besar agar kemajuan akan terus tercapai untuk meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kawasam ADUN KB kurang maju bulan disebabkan PM tapi saya rasa kita kurang dinamik termasuklah YB dan DOnya sekali.

Sekian