Template by:
Free Blog Templates

15 January 2012

PM-FELDA





























Perdana Menteri dengan nada keras, menolak sebarang dakwaan negatif yang dilemparkan terhadap FELDA dan akan pastikan ia tidak akan pernah berlaku.

dengan nada tegas juga amaran diberikan terhadap sesiapa yang cuba membuat fitnah terhadap FELDA.

Sebaliknya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberi jaminan FELDA akan terus mengecapi kejayaan demi kejayaan.

Para peneroka juga tida perlu bimbang kerana mereka akan terus menerima habuan yang hebat.

Perdana Menteri berkata demikia ketika berucap di majlis perhimpunan rakyat di padang FELDA, Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Turut hadir Isteri Beliau, Datin Seri Rosmah Mansur, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Isteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut, Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri Perladangan, ADUN Selama, Datuk Daud Yusof, ADUN Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias dan Setiausaha Kerajaan, Datuk Puad Nayan.

Sebagai bukti FELDA tidak bankrup, Perdana Menteri telah meluluskan beberapa projek bagi dilaksanakan di FELDA, Ijok yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Satu daripada projek yang diluluskan itu ialah pembinaan sebuah Mini Stadium sepertimana yang dipohon oleh ADUN Kubu Gajah, bernilai RM 1 juta dan menaik taraf pekan FELDA, Ijok berjumlah RM 2 juta.

Sebuah Dewan Serbaguna yang baru bernilai RM 800,000 juga sedang dalam proses pembinaan di tanah rancangan tersebut.

Datuk Seri Najib merupakan Perdana Menteri pertama menjejak kaki ke FELDA Ijok yang merupakan FELDA pertama dibuka di Negeri Perak pada 1962 dan akan menyambut ulangtahun ke 50 tahunnya pada Julai ini.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kemudian menyampaikan permohonan hasrat peneroka FELDA kepada Perdana Menteri di akhir majlis.

Sebelum itu, setibanya Perdana Menteri di Padang Majlis Daerah di Bagan Bahru dekat Ijok, telah disambut oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Mereka kemudian berkereta ke Padang FELDA, Ijok untuk menghadiri majlis perhimpunan rakyat yang dianjurkan sempena lawatan Perdana Menteri.

0 comments: