Template by:
Free Blog Templates

3 January 2012

Adun



Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kelab Barisan Nasional (BNBBC) di seluruh Negara akan berkampung di Negeri Perak dari 12 hingga 14 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan meresmikan program selama tiga hari itu di Changkat Jering.

Selepas pertama kali diadakan di Negeri Selangor, program Pemukiman ahlli-ahli kelab ADUN BNBBC tiba giliran di Perak yang melibatkan lapan kawasan Parlimen termasuk Lumut yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan Ketua UMNO Bahagian di situ.

Parlimen yang diketuai oleh Saya sendiri selaku Ketua UMNO Bahagian juga terlibat manakala enam lagi kawasan Parlimen ialah Padang Rengas, Beruas, Taiping, Parit Buntar, Bagan Serai dan Bukit Ganatang.

Program yang melibatkan kesemua tempat tinggal ADUN terletak dalam kawasan-kawasan Peti Undi yang ditentukan

Petang tadi, Saya mempengerusikan satu mesyuarat yang melibatkan 20 kawasan peti undi di Parlimen Larut termasuk DUN Kubu Gajah.

Larut adalah satu-satunya kawasan Parlimen di Perak yang berjaya menggekalkana kesemua empat kerusi yang dipertandingkan oleh BN pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.

Program Pemukiman itu turut melibatkan lawatan rumah ke rumah dan ceramah serta majlis bersama rakyat.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Walaupun kita menang empat kursi di Larut tapi kali ini jika kita ketengahkan calon yang lebih rendah mutunya daripada calon pembangkang sudah tentu kita gulung tikar.

Bagi saya kita perlu taraf tok guru, al-hafiz dan PHD di Larut untuk menjadi calon bagi Larut untuk mengatasi pembangkang.

Kita tak boleh lagi pilih calon mengikut kehendak parti tapi kita mesti pilih mengikut kehendak rakyat. Bagi kawasan yang selesa seperti Pulau Pangkor calon tunggul pun boleh menang.

Pembangkang rancak berkempen kita asyik berikan susidi dan bantuan.

Saya lihat kempen mereka pun ada juga yang sama seperti kehendak saya.Bukan semuanya.

Ada yang mengatakan atas kubur Mao Tze Tong ada tertulis kalau rakyat ada yang dapat 10 sen kita semua pun dapat 10. Filasafah koperasi.

Yang saya mahu ialah Indeks Koefesien Ginni diturunkan daripada .46. Anggaran ini menunjukkan negara kita salah satu negara yang mempunyai taraf hidup bagi mereka yang kaya bertambah kaya raya dan yang miskin bertambah miskin.

Kita ayik melihat pertumbuhan ekonomi 5% tapi tidak tahu apa yang sebnarnya berlaku dalam negara. Muka cantik tapi dalam seluar penuh kudis buta.

Sekian hanya pandangan yang munkin tidak boleh pakai