Template by:
Free Blog Templates

27 January 2012

Bantuan 1M


















Kerajaan Barisan Nasional (BN) Pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa menitik beratkan kebajikan rakyat.

Pemberian bantuan RM 500 1M. Membuktikan Kerajaan BN menjaga kebajikan rakyat.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian bantuan rakyat 1M di Jelai, Batu Kurau, pagi tadi.

Lebih 300 penerima termasuk 150 dari kampung Batu 20 dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah terlibat.

Adun Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias dan ketua-ketua kampung turut hadir di majlis tersebut di dewan serbaguna Jelai.

Kerajaan BN sentiasa prihatin masalah rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

Justeru, soal membasmi kemiskinan tetap menjadi keutamaan kerajaan BN.

Kerajaan BN tidak bersikap bermusim dalam membantu rakyat. Tetapi setiap masa kerana telah menjadi tanggungjawabnya dan bukan hanya bila hampir pilihanraya umum.

Justeru adalah tidak benar jika ada yang membuat tomahan bantuan R1M sebagai memancing undi.

0 comments: