Template by:
Free Blog Templates

26 January 2012

KEMAS





Masyarakat harus menggelakan diri mereka dariapda sebarang fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanjunggjawab dalam memburuk-burukan pemimpin Kerajaan, khususnya dari UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Semakin dekat dengan Pilihanraya Umum maka banyakan lah fitnah dan dakyah yang akan ditabur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelirukan rakyat.

Justeru, rakyat diingatkan agar tidak mudah terperdaya dan segera merujuk jika memerlukan penjelasan yang sebenarnya daripada pihak-pihak yang berkaitan keatas fitnah yang disebarkan itu.

Saya berkata demikian ketika berucap mersmikan mesyuarat agung Tadika Kemas Bagan Baharu dan Sungai Segar dan pameran memasak di Dewan Kemas Bagan Baharu, petang tadi.

Turut hadir Penyelia Pra Sekolah Kemas Parlimen Larut, Azah Manaf dan Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKJKK) Sungai Segar, Ahmad Shakiri Ishak.

Kemas, tambah saya merupakan agensi penting dalam konteks membimbing masyarakat luarbandar dan banyak program dan dasar Kerajaan berjaya dilaksanakan melalui penjelasan dan perlaksanaan yang dilakukan oleh mereka.

Kemas akan terus menjadi teras penting dalam menjayakan program Kerajaan di peringkat luarbandar kerana sehingga kini agensi itu dilihat berjaya menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan berkesan.

Kemas telah berjaya memupuk semangat bermasyarakat melalui program yang dianjurkan oleh agensi tersebut dan kelas pra sekolah seperti tadika telah banyak membantu menggurangkan bebanan penduduk luarbandar.

0 comments: