Template by:
Free Blog Templates

8 January 2012

Ceramah







Rakyat diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan oleh Pembangkang untuk menjatuhkan imej Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Tajuddin Abdul Rahman menegaskan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa mengutama dan memberikan perhatian menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi FELCRA berkata demikian di majlis ceramah yang diadakan di Pantai Besar, dekat Batu Kurau, malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Adun Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias dan bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Ali Mat Isa.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak menegaskan UMNO adalah parti yang sentiasa mempertahan dan meningkatkan syiar Islam dan tidak suka melihat perpecahan di kalangan Ummah.

UMNO adalah sebuah parti yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan mempertahankan hak dan keistimewaan bangsa.

7atuk Seri Raja Ahmad Zainuddin selaku ketua UMNO Bahagian menegaskan bahawa Bahagian akan bekerja keras untuk mempertahankan rekod cemerlang BN memenanggi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Parlimen Larut.

BN Larut adalah satu-satunya Parlimen di Perak yang telah berjaya memenanggi kesemua empat kerusi pada Pilihanraya UMUM (PRU) yang lalu iaitu di Kubu Gajah, Batu Kurau, Selama dan Parlimen Larut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kelemahan UMNO ialah pemimpin yang tidak mampu bekerja keras tidak mahu meletakkan jawatan memberi laluan kepada pemimpin yang baru.

Saya rasa kalau alignmen pun tak betul jika berjalan dan kerja mereka 100% DIDELAGASIKAN (orang lain yang buat) sepatunya mereka harus menarik diri dan bekerja sebagai pegawai kebajikan masyarakat sudahlah.