Template by:
Free Blog Templates

30 September 2010

Penghulu








Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kecil Selama, Saya sempat menghadiri jamuan Hariraya Aidilfitri Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali di pejabatnya tengahari tadi.

Ramai yang hadir memeriahkan jamuan tersebut termasuk Ketua-Ketua Kampung dan Pemimpin politik yang diadakan bilik Gerakan dan perkarangan pejabat Penghulu Ijok.

Semoga majlis yang dianjurkan itu akan mengeratkan lagi silaturahim antara Pentadbir Mukim dengan masyarakat setempat.

Tanah




Menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah daerah kecil Selama, pagi tadi.

Mesyuarat yang membincangkan masalah tanah termasuk tanah-tanah yang tukar milik individu.

Mesyuarat yang diadakan di pejabat Ketua penolong Pegawai Daerah Kecil Selama dipengerusikan oleh pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama, Haji Yusop dan Adun Selama, Datuk Haji Mohd Daud yusop.

29 September 2010

lawat Imam





Hujan turun agak lebat sebaikt tiba di Felda, Ijok, petang tadi, tetapi sebaik sampai ke rumah bekas Imam Mesjid Ijok, Zainon bin Rahim, 82 tahun hujan mulai renyai-renyai.


Zainon yang tinggal di peringkat 2, bersama isteri yang sedang uzur sakit tua, begitu terharu menerima kunjungan saya. Beliau terlantar sakit sejak sebulan lalu selepas jatuh.

Beliau yang begitu disegani di Felda Ijok juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kemudia bermotor bersama Ketua Kampung Felda Ijok, Shukur Haji Jaman, Saya melawat Zamanhuri bin Hussein, 46 tahun di peringkat 4 yang sedang sakit buah pinggang.

Beliau tinggal bersama isteri dan anak-anaknya.

BORE




Melawat ternakan kambing ka,bimg BORE yang diusahakan oleh keluarga Azizah di PPRT SUngai Manik.

Terdapat kira-kira 200 ekor kambing yang berasal dari Afrika dan keluarga Aziziah adalah satu-satunya usahawan tempatan mengusahakannya secara komersial.

Azizah berharap kambing-kambing ternakan mereka mendapat pasaran kerana bimbang harganya terlalu mahal.

Dun Kubu Gajah adalah sebahagian tanah terbabit dengan pusat ternakan kambing BORE Nasional di ladang Pondok Tanjung, Batu 20.

Saya berharap masalah pemasaran kambing BORE yang agak tinggi tidak menimbulkan masalah kepada pengguna.

Turut hadir pengarah perkhidmatan veterina Perak, Dr Quza.

28 September 2010

Miskin







Penternak ayam dibawah program e-kasih dinasihatkan meningkatkan kualiti hasil ternakan mereka.

Elakkan daripada ambil jalan pendek semata-mata untuk mendapatkan keuntungan cepat.

Program tersebut untuk mengurangkan jurang kemiskinan tegar.

Saya berkata demikian ketika meramikan program motivasi peserta ternakan ayam kampung parlimen larut, tengahari tadi.

Mereka sepatutnya bersyukur kerana dipilih menyertai program tersebut yang dimulakan sejak oktober tahun lalu melibatkan 50 peserta.

Jabatan haiwan membelanjakan RM 600,000 untuk program tersebut bagi membina reban ayam setiap sebuah RM 14,000 dan 1,000 ekor setiap peserta.

Ia kini akan masuk ke pusingan ke lima dan telah berjaya membeantu setiap mereka memperolehi pendapatan bulanan RM 240.

Program itu juga sebagai langkah menggurangkan pengimportan daging.

Mereka juga dinasihatkan memegang amanah ar peluang seumpama itu juga dapat dirasai oleh peserta yang lain.

Pengarah perkhidmatan veterina Perak, Dr Quzamuddin Hasanizam turut hadir di majlis tersebut di dewan PPRT sungai Manik, Batu 20.

Tetamu juga diraikan dalam jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri.

27 September 2010

Jumpa




Wakil badan perhubungan UMNOPerak, Datuk Shahrani Mohamed petang ini mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO bahagian Larut.

Perjumpaan tertutup itu dipengerusikan oleh ketua UMNO bahagian Larut di pejabat bahagian di Selama.

Perjumpaan itu adalah siri lawatan dan turun ke bawah atas arahan pengerusi badan perhubungan UMNO Negeri, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir bagi mendapatkan maklum balas aktiviti parti peringkat akar umbi.

Shahrani yang juga exco Perak kemudian mengadakan perjumpaan dengan UMNO bahagian Bukit Gantang.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahgian Larut , Datuk Mohd Daud Yusop.

Sakit



Melawat Adzhar bin Mohd Zain, 45 tahun yang sedang menjalani rawatan khas di Hospital Taiping sejak beberapa hari yang lalu.

Saya sempat menemui isteri beliau, Noraizah binti Mahmud, 42 tahun di luar wad. Kedua-dua pasangan tersebut tinggal di Taman Hijrah, Batu Kurau.

Didoakan semoaga Adzhar segera sembuh.

26 September 2010

Jamuan Raya



















Menghadiri dua majlis jamuan Hariraya petang tadi. Pertama di rumah Ketua UMNO Cawangan Kampung Perak, Omar Mokhtar, di Batu Kurau yang cukup meriah termasuk persembahan kugiran daripada Kampung Pantai Besar.

Kemudian, Saya ke rumah Ibubapa Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut, Hajjah Sabariah binti Ali Hassan dan Abidin bin Amir Hassan di Rancangan Perkampungan Tersusun Redang Panjang yang turut mengadakan majlis yang sama.

Sabariah adalah juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Redang Panjang dan Ahli Majlis Daerah Selama.

Terima Kasih atas jemputan semoga dirumahkan rezeki.

Kenduri Kahwin










Sekitar majlis kenduri kahwin yang Saya hadiri pada hari ini di DUN Kubu Gajah. Saya menerima jemputan daripada Ahmad bin Saad di Kampung Tebing Tinggi yang mengahwinkan anak perempuannya.

Di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung pula, Saya menghadiri kenduri kahwin anak lelaki, Mohd Jamal bin Subuh.

Tahniah semoga pasangan tersebut dimurahkan rezeki dan kekal hingga ke akhir hayat.

Buang Pasir








Pihak berkuasa harus bertindak segera keatas mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil pasir daripada sungai, tetapi membiarkan pasir itu berselerak di jalanraya, dekat batu 27 jalan lama, dekat Redang Panjang yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, ianya juga boleh merosakan jalan raya akibat pasir yang dibiarkan bertaburan di atas jalan selepas diambil dari sungai.

Malah pasir yang ambil itu juga dilonggokkan berhampiran tepi jalan dan ini boleh menggangu lalulintas serta juga boleh mendatangkan bahaya.

Saya berharap Pejabat Tanah, JPS fan JKR segera memantau keadaan tersebut bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diinggini berlaku.

Warga Emas








Saya terkejut apabila diberitahu bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Warga Emas yang sedang terlantar sakit, Shamsiah binti Abdullah, 85 tahun di Kampung Padang Das. akan dihentikan.

Sebaik diberitah hal tersebut, Saya segera melawat Shamsiah dan dimaklumkan hal tersebut oleh anak perempuan beliau.

Shamsiah menerima bantuan bulanan RM300 sebulan kira-kira setahun yang lalu. Sehubungan dengan itu, Saya merayu kepada JKM agar meneruskan bantuan tersebut bagi meringankan bebanan beliau.

Saya juga berharap JKM menyiasat kebenaran hal tersebut dan mohon mendapatkan penjelasan mengenainya.

25 September 2010

Kenduri Kahwin









Dalam kesibukan Umat Islam merayaka Aidilfitri, ada juga yang mengadakan kenduri kahwin. Petang tadi, selepas jamuan Raya Barissan Nasional (BN) Perak, Saya menghadiri kenduri kahwin anak lelaki, Md Nayan bin Yon di Batu 20.

Roslan, seorang anggota Tentera yang bertugas di Melaka melangsungkan perkahwinannya dengan Norazizah.

Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga berkekalan hinggga ke akhir hayat.

BN bergerak











Kompenen parti Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergerak sendirian jika mereka mahu terus kuat.

Sebaliknya mereka harus bersatu dan saling hormat menghormati diantara sama lain kerana itu telah menjadi prinsip BN.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata demikian di majlis hari raya Aidilfitri dan pelancaran pusat khidmat bergerak BN negeri di bangunan UMNO di Ipoh, pagi tadi.

Sebarang pergeseran merugikan parti, terutamanya menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dr Zambry yang juga pengerusi BN Perak yahin parti itu masih diterima oleh rakyat memandangkan rekod cemerlang yang lepas.

Begitu pun mereka tidak boleh ambil mudah dan berada dalam zon keselesaan, sebaliknya terus bekerja keras.

Beliau juga mengumumkan penubuhan kelab penyokong BN semua peringkat bagi menarik lebih ramai menyertai parti tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah pemimpin kompenen peringkat negeri Perak.

pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan futsal dan melukis untuk kanak-kanak di perkarangan bangunan UMNO negeri.

24 September 2010

UMNO Perak




Menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO Perak di pejabat UMNO negeri di Ipoh malam ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir lebih tertumpu kepada soal perpaduan.

Program kebajikan dan turun ke padang tetap diberikan keutamaan.

Ketua-ketua sayap pemuda, wanita dan putrei turut hadir di mesyuarat tersebut.

Bantuan JKM









Saya amat berharap jabatan Kebajikan (JKM) taiping segera membantu membiayai kos perubatan, Mohamad Isa Bin We, 59 tahun yang tinggal di batu 20 yang sedang sakit jantung.

Dalam lawatan ke rumahnya tengahari tadi, beliau yang bujang dan tidak bekerja mengadu telah berkali-kali membuat permohonan, tetapi gagal.

Isa kini tinggal sendirian di rumah adiknya. Sebelum itu, saya turut melawat rumah ibu tunggal, Naah Binti Mohamad Noh, 67 tahun juga di Batu 20 yang memerlukan bantuan baik pulih rumahnya.

Saya berharap JKM dapat segera membantu menggurangkan beban yang dipikul oleh mereka.

Pengurus besar baru









Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau menerima Pengurus Besarnya yang baru, Haji Sabri bin Zainol yang memulakan tugasnya semalam.

Beliau yang sebelum ini bertugas di Ibupejabat Peladang Negeri Pulau Pinang menggantikan bekas Pengurus Besar PPK Batu Kurau, Dzulfadli bin Johan yang bertukar ke Negeri Pahang.

Satu peerjumpaan telah diadakan bersama dengan kakitangan PPK Batu Kurau. Saya telah menasihatkan seluruh kakitangan agar memberikan komitmen dan berkhidmat dengan penuh didikasi bagi menjaga imej dan kemajuan PPK.

Jadikanlah PPK sebagai harta benda mereka sendiri dan jatuh bangunnya PPK adalah terletakan ditangan mereka.

Kejayaan PPK Batu Kurau selama ini adalah kerana mereka bergerak sebagai satu pasukan dan akan terus menjadi KPI.