1 September 2010
Peladang
Persatuan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan menjalankan pelbagai kegiatan bagi kepentingan ahli-ahlinya.
PPK juga akan membabitkan diri dalam bidang ternakan secara komersial.
saya berkata demikian di majlis penyampaian zakat ahli-ahli PPK di bangunan PPK Batu Kurau petang tadi.
Selaku pengerusi PPK saya menyeru agar ahli-ahli di semua unit peladang Batu Kurau agar Pro Aktif dan sentiasa mendapatkan khidmat daripada agensi-agensi berkaitan.
Lebih 100 ahli PPK menerima sumbangan zakat termasuk warhga emas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Saya melihat PPK Selama Kedah lebih aktif daripada PPK Selama, Perak dan Batu Kurau.
Yang menjadi masalah kepada saya, PPK menjual anak pokok lebih mahal kepada ahli oleh kerana disebabkan untuk mendapatkan balik keuntungan kepada ahli.
Sebagai contoh $16.00 (PPK Selama Perak) bagi bayaran anak pokok nangka madu di PPK yang saya boleh dapat $8.00 di pasaran dan $5.00 dari Jabatan Pertanian. Begitu juga anak nenas ( PPK, Selama Kedah). Harga lipat ganda dari yang saya beli dari Gula.
Kalau kemudahan dan lain2 yang disewakan dengan bayaran secara kompetatif sudah tentu ramai yang membeli anak pokok dan menyewa alat2 kemudahan yang disediakan oleh PPK.
Lagi satu yang ramai menghadiri mesyuarat agong ialah orang tua2. Yang muda ke mana perginya? Macam mana orang tua hendak aktif berkebun sebab itu projek agak 'slow' dan ada kalanya terbantut.
Masalah ternakan eloklah diadakan di satu tempat yang khas secara koperasi atau secara ladang amanah.
Kalau tidak habis tanaman saya dilanyak haiwan2 tersebut.
Di Kubu Gajah yang membela lembu ialah tukang kebun pondok polis Kubu Gajah dan penjual nasi lemak dekat pondok burger. Saya nyaris tidak berbunuh dengan tukang kebun pondok polis Kubu Gajah kerana pagar lembu.
Ada kes yang meningatkan saya supaya membina pagar yang kuat supaya susah hendak ditendang lembu. Sepatutnya saya yang harus mengingatkan mereka supaya membuat pagar yang kukuh supaya lembu mereka tidak dapat keluar.
Di FELDA ada 2 Tuan yang mempunyai banyak lembu lepas beratus2 ekor banyaknya.
Kalau kita tak mahu buat undang2 kita buat papan notis (Branding).
Satu papan notis diletakkan dekat kedai majlis depan pondok polis Kubu Gajah dan satu lagi di masjid FELDA
Papan notis tersebut menesihatkan orang ramai jangan membeli ternakan untuk korban/kekah daripada penternak yang merosakkan tanaman orang lain kerana pahalanya/hajatnya nanti tidak diterima Allah.
Ada 2 penternak lembu orang India di Lembah Keluang. Saya ingat ada hampir 200 ekor banyaknya. Tapi lembu2 tersebut tidak lepas begitu sahaja. Ada gembala lembu yang mengikut mereka bersama-sama seperti di tanah Arab.
Barangkali orang Melayu kita ini harus belajar dengan orang India Lembah Keluang tentang cara-cara membela lembu. Bagaimana pendapat YMDS.
Saya memang anti penternak haiwan lepas tanpa pagar.
Diharap YMDS jangan sekali2 menyokong penternak tanpa membina pagar yang kokoh jika mereka memohon bantuan.
Dapat kiranya YMDS beritahu Ketua Kampung supaya tidak menanda tangani permohonan bantuan haiwan ternakan jika pemohon tidak membina pagar yang kokoh.
Sekian. Terima kasih.
Terima kasih tuan pengerusi Peladang. Bila nak ada pertandingan memilih pengerusi pulak. Sebab saya nak suruh mereka yang bertanding buat surat awal-awal. Surat serah jawatan kalau mereka menang. Mesti mau serah jawatan kepada pengerusi sedia ada kerana pengerusi sedia ada tak boleh menerima kekalahan...hidup demokasi hidup demokasi....hhahahaha
Post a Comment