Template by:
Free Blog Templates

20 September 2010

Raya Wanita












Selepas Mesyuarat Jawatankuas Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), pada sebelah petangnya walaupun hujan lebat, Saya sempat menghadiri jamuan Hariraya Wanita UMNO Cawangan Batu 20.

Ramai juga yang hadir sebaik hujan berhenti. Diantara yang hadir ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun, Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar, Ketua Kampung Perak, Zakaria Hamid Ketua UMNO Caangan Batu 20, Haji Rosli Mat Zain dan Kstua Wanita cawangan, Zainab Ismail.

JKKK Batu 20 dan pergerakan Wanitanya begitu aktif dalam menghasilkan produk mereka termasuk cili sos yang mendapat pasaran menggalakan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apa yang saya takut bila ada jamuan barulah ahli2 kita ramai datang.

Bila YMDS datang barulah ketua kampung dan ketua ketua lain datang.

Kerana pilihan raya ke13 tak lama lagi, kalau YMDS tak datang pun saya mohon YMDS galakkan ketua2 masyarakat yang lain hendaklah membuat kerja gotong royong/kerja masyarakat untuk memajukan tempat kita tapi bukan hanya bardailog dan makan sahaja.

Kalau berpolitik pun banyakkan ahli atau tentukan mereka sudah mendaftar di S/Jaya P/Raya.

Saya takut apabila YMDS datang barulah mereka datang jumpa akar umbi. Kalau YMDS tak datang mereka duduk kedai kopi dan ada antara mereka yang tanahnya menjadi hutan kerana berpolitik di kedai kopi.

Saya susah hati melihat tanah mereka yang selalu berpolitik di kedai kopi menjadi hutan dan binatang ternakan mereka haru biru.

Saya tak tahu nak kata kalau politik kampung kita jadi begini.

Sekian pandangan saya. Tidak semestinya mesti siikuti.