Template by:
Free Blog Templates

9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana kita dapat sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, setelah sebulan berpuasa.

Sebentar tadi, majlis Takbir Raya oleh jemaah Surau di rumah Saya yang dipimpin oleh Ustad Shuib dan kira-kira 100 orang yang lain.

Saya dan Keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Bztin kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana mereka berada, semoga sambutan tahun ini akan terus memperkukuhkan lagi perpaduan Ummah.

Kita juga mendoakan agar Negara terus berada dalam keadaan aman, sentosa dan sejahtera selalu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mentadbir dan membawa Kemajuan kepada Rakyat.

Jamuan Raya Saya ialah pada hari Isnin, 13 September di Dewan Serbaguna Sungai Ara, Batu Kurau dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari dan di Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok dari jam 3 hingga 6 petang.

Dijemput datang ke jamuan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya DS... Saya mohon DS berhati-hatilah mengeja dalam posting kerana kesilapan ejaan membawa maksuid yang berlainan... Cth dalam posting ini takbir dieja dengan tadbir... Dan ianya tidak langsung membawa maksud seperti yang diharapkan dalam tajuk... TQ dan selamat hari raya...

Anonymous said...

YMDS,

Selamat hari raya YMDS.
Jangan lupa beri duit raya kepada warga berlian (bukan warga emas). Warga berlian (intan = 65-75 tahun) ni memang kita puji kalau mereka datang ke rumah terbuka kerana umur mereka sudah lanjut (umur 76 dan lebih)

Terima kasih YMDS.