2 September 2010
Duit raya
Kerajaan diminta agar membuka lebih banyak ladang rakyat untuk membantu rakyat miskin.
Diantara agensi Kerajaan negeri yang terlibat mengurus ladang rakyat ialah perbadanan pertanian negeri (PKNP).
Saya kata demikian ketika menyampai duit raya PKNP kepada 140 orang DUN Kubu Gajah di Dewan Merdeka Selama petang tadi.
Ladang rakyat di Sungai Segar telah dimajukan pada 1990 dan mengeluarkan dividen pada 1996.
Saya berharap masalah pemberian hak milik tanah dapat dipercepatkan bagi mengelakkan penerokaan haram.
Birokrasi adalah masalah yang boleh menghalang kemajuan dan untuk maju sikap sedemikian harus dihapuskan.
Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi, ladang rakyat adalah juga untuk membasmi kemiskinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Perkara yang berkaitan dengan birokrasi ini sudah sekian lama diperktakan.
Anak saya nak tukar sekolah ke negeri lain pun mengambil masa lebih kurang 6 bulan. Begitu juga nak pecah bahagian lebih 6 bulan.
Kita dapatkan pegawai orang tempatan pun begitu juga. Kita ingat mereka boleh tolong kita. Bukan saja tak mahu tolong tapi cuba lari2 pula.
Nampaknya kita tak boleh buat apa? Wakil rakyat pun tak boleh. Mantan PM yang lalu pun tak boleh. Permohonan bantuan pertanian mengambil masa lebih satu tahun tak dapat keputusan walaupun sudah diadukan.
Cakap saja mana-mana agensi kita masih berhadapan dengan kerenah birokrasi.
Dimanakah kesilapanya?
Tapi saya rasa kalau kita pilih kaki tangan yang berintegriti dan berpegang kuat kepada agama sudah tentu perkara ini tidak berlaku.
Saya mencadangkan apabila pemohon baru yang hendak dipilih memegang sesuatu jawatan mereka mestilah diberikan ujian psikologi yang berkaitan dengan intergriti dan amanah.
Cuba yang YMDS memohon tanah pertanian ditukarkan ke perumahan? Saya ingat kalau tak kenal sesiapa yang berkenaan/berkaitan mungkin 6 tahun pun tidak lulus. Cuba YMDS buat eksperimen kalau tak percaya cakap saya.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment