Template by:
Free Blog Templates

6 September 2010

Bajet




Ketua-Ketua Kampung harus mempunyai imej dan pemimpin berwibawa serta berpengaruh dalam memberi khidmat yang lebih berkesan kepada anak-anak buahnya.


Justeru, mereka harus memperbaiki imej mereka terlebih dahulu jika tidak sukar bagi mereka untuk memimpin.


Dalam hubungan ini, kedudukan mereka mestilah baik, adalah wajar mereka diberikan insentif agar ketua-ketua kampung dapat menjalankan tugas dengan lebih produktif.


lantas elaun ketua-ketua kampung wajar dinaikan dan bilangan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung dan diharap Kerajaan dapat mempertimbangkannya.


Saya berkata demikian dalam majlis dailog mengenai bajet 2011 anjuran KerajaanNegeri kepada Pemimpin Masyarakat termasuk ketua Kampung di seluruh Perak di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Ipoh, pagi tadi.


Pandangan itu disuarakan berikutan taklimat bajet oleh Pegawai Kewangan Negeri yang menyentuh peruntukan tambahan RM 30 Juta yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.


Cadangan itu mendapat sokongan ketua-ketua kampung dan mereka mengucapkan terima kasih diatas pandangan yang disuarakan itu.


Dalam dailog tersebut rata-rata ketua kampung menyuarakan pelbagai masalah di peringkat kampung masing-masing yang perlu diberikan perhatian.


Peruntukan tambahan RM 30 juta itu adalah yang julung kali dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir hasil pendapatan tambahan kutipan cukai tertunggak sebanyak RM 170 juta.


Selanjutnya, kenaikan gaji setiap tahun sebanyak 8 peratus atau 21 juta ringgit atau 60 peratus. Masalan pengambilan tanah juga menyebbab kadar kutipan caukai berkurangan, walaupun pendapatan Negeri terus meningkat.


Sehubungan dengan itu, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi jkkk diminta membantu pemilik tanah agar membayar cukai kerana cukai adalah punca utama hasil pendapatan Negeri.


Selain mengenakan denda keatas mereka yang gagal membayar cukai, Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk merampas tanah-tanah yang terbabit.


Rakyat, katanya harus faham bahawa segala kutipan cukai itu kelak akan dipulangkan balik kepada rakyat melalaui perlaksanaan pelbagai projek dan kemudahan.


Selain daripada itu sebanyak RM 2 juta disediakan untuk peruntukan tamabahan kebajikan.


DUN Perak dijangka bersidang tidak lama lagi bagi meluluskan bajet 2011.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon elaun ketua kampung akan dinaikkan jika mereka proaktif kerana orang miskin di tempat saya berasa segan/malu hendak jumpa ketua kampung.

Yang selalu jumpa ketua kampung ialah mereka suka menonjolkan peribadi dan yang boleh jadi juru cakap (yang 'pandai bercakap'). Yang miskin selalunya menanti di rumah sahaja.

Ramai ketua kampung tahu masalah di kampung tapi mereka tunggu laporan orang ramai seolah2 mereka tak ada masalah kerana jadi 'VIP kampung'. Mereka berlagak macam polis trafik, hanya menunggu report sahaja baru mereka datang.

Peruntukan ditambah. Kalau pembahagiannya pro-rata atau ikut kuota ramai penduduk jajahan/kawasan yang miskin seperti kawasan ADUN Kubu Gajah akan berterusan menjadi miskin.

Sepatututnya jajahan/kawasan yang miskin hendaklah mendapat perhatian/peruntukan yang lebih.

Sekian untuk makluman YMDS.