Dalam perjalanan ke Redang Panjang, Saya sempat singgah di Batu 25 untuk melihat pengambil pasir yang banyak di situ. Cuma diharapkan usaha mendalami Sungai bagi menggelakan banjir tidak terjejas.
Batu 25 adalah tempat yang sering mengalamil banjir dan mejejaskan lalulintas di situ.
Saya juga berharap pihak JPS dapat melihat dan mengambil tindakan segera keatas pengambil pasir di Sungai Batu 20 berdekatan dengan Jelai, kerana bimbang dengan masalah banjir yang akan berlaku, terutama menjelang Hari Raya Aidil Fitri tidak beberapa hari sahaja lagi.
Saya juga telah meminta Ketua-Ketua Kampung Batu 20 dan Jelai agar mengambil tindakan segera keatas projek mengorak pasir jika ia menjejaskan banjir di situ.
Sebelum ini, Saya sendiri telah membangkitkan masalah sungai di batu 20 ke pengetahuan Mesyurat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama untuk diambil tindakan kerana bimbang tebing sungai berkenaan semakin menghampiri rumah penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai.
0 comments:
Post a Comment