Template by:
Free Blog Templates

4 September 2010

Bantu





Saya amat simpati dengan penderitaan Mohd Khori bin Yusof, 62 tahun yang kudung tangannya akibat dipatuk ular ketika melawat beliau di rumahnya di Kampung Tersusun Batu 20.

Beliau hiba danmengalir air mata ketika Saya mengunjung beliau yang terlantar atas katil di rumahnya petang semalam.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat segera membantu beliau yang tidak lagi mampu bekerja.

Saya juga sempat melawat seorang mualaf, maliah binti abdullah, 56 tahun di Kampung batu 20 yang merayu untukmendapatkan bantuan rumah PPRT kerana beliau tidak memunyai tempat tinggal.

Beliau kini terpaksa menumpang di sebuah rumah yang agak uzur dan menunggu masa sahaja untuk runtuh.

Permohonan beliau itu akan segera dapat diluluskan oleh Agensi berkenaan yang menggendalikan rumah PPRT.

Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa juga hadir.

0 comments: