Template by:
Free Blog Templates

31 March 2012

Wanita bistari











Kaum wanita disaran merebut setiap peluang yang disediakan kerajaan barisan nasional (BN) bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka.

Kebolehan wanita tidak dapat dinafikan dan mereka memiliki displin yang tinggi.

Mereka yang berjaya dalam mencapai cita-cita hidup adalah kerana usaha yang gigih dan tidak mengenal sikap yang mudah berputus asa.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap diprogram perhimpunan wanita bistari di kampung Teras, tengahari tadi.

Perhimpunan peringkat Dun Kubu Gajah yang turut dihadiri anggota exco kerajaan negeri, Datuk Hamidah OSman itu diadakan di Lata Panggung, sebuah pusat perkelahan dalam Mukim Ijok.

Datuk Seri Raja Ahmad yang juga ketua UMNO bahagian Larut berharap kaum wanita akan terus menjadi sasaran penting dalam mencapai kemajuan negara.

Wanita adalah tonggak dan peranan mereka amat penting dalam menjaya agenda pembangunan.

Justeru, beliau menyeru agar masalah yang dihadapi ibu-ibu tunggal jangan dipandang ringan sebaliknya harus diberikan perhatian serious oleh semua pihak.

Selain jabatan kebajikan masyarakat (JKM) agensi-agensi yang berkaitan juga perlu tampil ibu-ibu tunggal terutama yang dalam kesempitan.

Pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan gubahan dan memasak masakan tradisi turut diadakan.

30 March 2012

Sungai






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berharap, Kerja-kerja mengorek dan mendalami Sungai Teras dekat Ijok yang sedang dijalankan dapat membantu menggelakan kejadian banjir.

Beliau melawat kerja-kerja mendalami sungai tersebut yang bermula kelmarin dan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kerana mengeluarkan peruntukan bagi mengorek dan mendalam sungai tersebut.

Sebelum ini, beliau telah membuat beberapa kali teguran diatas masalah banjir dan pencemaran sungai Teras hingga menjejaskan sumber pencarian penduduk yang menangkap ikan..Pencemaran sungai Teras juga menyebabkan air di Lata Panggung yang sering menjadi tumpuan penduduk dan pengunjung luar berkelah, terjejas akibat pencemaran yang berlaku kerana air bertukar menjadi keroh.

Turut hadir dalam lawatan bagi mempastikan kerja-kerja mengorek dan mendalami sungai Teras itu ialah Ketua Kampung, Abdul Wahab Mat Yatam.

Rumah YBU




Ceramah







Kekuatan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang terletak kepada Perpaduan dalam Parti.

Justeru, soal perpaduan harus diutamakan daripada yang lain jika BN mahu terus mempastikan kemenangan cemerlang.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis ceramah dan berdialog UMNO di Peti Undi Redang Panjang di Kampung Sungai Segar, petang tadi.

Jika masalah dalaman dapat diselesaikan, jentera parti tidak menghadapi masalah untuk menghadapi lawan.

Kelemahan dalaman parti secara tidak langsung akan memberi laluan kepada lawan untuk mengambil kesempatan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengingatkan ahli-ahli UMNO terutamanya agar memrapatkan perpaduan bagi mempastikan BN terus mencapai rekod cemerlang memenanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Larut.

UMNO di Larut harus berbangga kerana mereka bukan sahaja berjaya menjadi satu-satunya UMNO di Perak yang berjaya memenanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan pada PRU ke 12, tetapi kesemua kerusi itu diwakili oleh UMNO dengan sokongan komponen BN yang lain.

Siri ceramah di setiap peti undi di Parlimen Larut akan terus diadakan hingga menjelang PRU ke 13.

Peladang






Masyarakat Luarbandar harus memiliki jiwa dan cita-cita besar dan bersedia bersaing dengan mereka yang telah berjaya dalam mengeluarkan produk tempatan.

Negara kini terlalu banyak bergantung kepada mengimpot barangan makanan, sedangkan rakyat tempatan juga berkemampuan menghasilaknya jika mereka bersedia untuk bekerja keras.

Produk tempatan juga mampu menembusi pasaran antarabangsa jika mereka menjaga dan menggekalkan kualiti dan pengeluaran mereka.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung Unit Peladang Kampung Sempenah, petang tadi.

PPK Batu Kurau berhasrat mengenahkan produk ahli-ahlinya ke pasaran yang lebih besar dan antarabangsa.

Perbincangan telah diadakan dengan beberapa ahli yang bersedia untuk pergi lebih jauh hingga menembusi pasaran an Luar Negara, tetapi masih ada yang harus dibereskan terlebih dahulu, sebelum perjanjian kedua belah pihak dilaksanakan.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah mengingatkan ahli-ahlinya agar tidak bersikap rendah diri dan mudah patah semangat dalam mencapai kejayaan.

Ibarat kata perpatah, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian.

29 March 2012

Jentera PRU






UMNO bahagian Larut akan memperkuatkan jentera pilihanraya bagi mempastikan kemengan cemerlang pada pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar mahu mempertahankan rekod Barisan Nasional (BN) Larut menang kesemua empat kerusi parlimen dan dewan negeri yang dipertandingkan pada PRU ke 13.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bahagian di Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir timbalan ketua, Datuk Mohd Daud Yusof yang juga adun Selama, Naib ketua, Fauzi Kassim, ketua wanita bahagian, Sawifah Yahya dan adun Batu Kurau, Kapt Datuk Najmuddin Elias di mesyuarat yang diadakan di bangunan UMNO.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut menggesa jentera parti agar memanaskan enjin dari sekarang bagi menghadapi PRU ke 13 pada bila-bila masa.

Beliau juga berharap sayap-sayap pemuda, wanita dan puteri bahagian turut membuat persediaan

Kedai peladang





Pertubuhan peladang (PPK) kawasan Batu Kurau akan membuka kedai peladang 1M tidak lama lagi.

Pembukaan kedai peladang 1M itu diharap akan mendekatkan lagi ahli dengan PPK Batu Kurau serta menarik lebih ramai menyertai pertubuhan tersebut.

PPK Batu Kurau mahu lebih 2000 ahlinya dan 22 buah unit peladang menggunakan kemudahan yang disediakan di kedai 1M itu.

Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK di Batu Kurau, tengah hari tadi.

Pada masa yang sama PPK juga bercadang membuka ciber cafe bagi kemudahan ahli-ahlinya dan juga anak-anak mereka menggunakannya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata sebuah bangunan berharga rm 40,000 bagi tujuan tersebut akan dibina.

Kursus ternakan dan pertanian juga akan dianjurkan bagi ahli-ahlinya mendalami pengetahuan mereka bulan depan.

28 March 2012

Warga emas



Seperti biasa ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar dalam program turun padang melawat warga emas yang uzur.

Di kampung bukit Nering, beliau mealwat Tanjong Binti Salleh, 83 tahun yang uzur dan hilang penglihatan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut menghulurkan sumbangan kepada Tanjong.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Simpang Tiga Gudang, Abdul Rahman Noli.

Peruntukan sungai










Kerajaan meluluskan peruntukan rm 70juta untuk projek baik pulih sungai di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah tidak lama lagi.

Sebanyak rm 40 juta diluluskan untuk sungai Ara, sungai Pulau dan sungai Kurau, termasuk pengambilan balik tanah.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung persatuan ibubapa (PIBG) sekolah kebangsaan Sungai Ara,petang tadi.

Turut hadir guru besar sekolah kebangsaan sungai Ara, Termizi Bin Che mat dan ketua kampung, Haji Abdul Halil Abdullah.

Sebanyak rm 38 juta sahaja untuk kerja-kerja baik pulih sungai Ijok dan peruntukan tersebut akan dibelanjakan dalam tempoh 2 tahun hingga 2012.

Mukim Ijok adalah diantara kawasan di Perak yang sering dilanda banjir dan singai Ijok mengalir ke sungai Kerian.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata berharap projek membaik pulih sungai-sungai di DUN Kubu Gajah dapat disegera bagi mengelakkan ancaman banjir.

Mengenai pendidikan, beliau menggesa agar kerjasama rapat sentiasa terjalin dikalangan ibubapa dan guru.