Template by:
Free Blog Templates

9 March 2012

Lulus





Jawatankuasa kira-kira wang (PAC) negeri menegur agensi yang melengah-lengahkan perlaksanaan projek yang diluluskan.

Perbuatan itu bukan sahaja menimbulkan keraguan rakyat, tetapi menjatuhkan imej pentadbiran Kerajaan.

PAC hari ini memanggil ketua jabatan sebuah agensi Kerajaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kelewatan sampai dua tahun membina beberapa buah rumah rakyat miskin di Perak.

Pengerusi PAC, Datuk Sri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian dalam satu bidang akhbar di bilik mesyuarat PAC di bangunan SUK di Ipoh, pagi tadi.

Beliau mengingatkan apabila sesuatu projek itu diluluskan peruntukan sudahpun disediakan dan tidak ada sebab perlaksanaannya dilengah-lengahkan.

Ketua agensi berkenaan diminta membuat siasatan segera dan memberikan penjelasan kepada PAC.

Sementara itu, PAC juga menegur seorang ketua jabatan kerana sudah beberapa kali gagal menghadiri perjumpaan dengan PAC bagi menjawab pekara-pekara yang berkaitan jabatannya.

Perbuatan ketua jabatan itu memaksa PAC memanjangkan namanya ke pengetahuan setiausaha Kerajaan Perak dan ketua pengarah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Dia dipanggil untuk membatu menyelesaikan masalah jabatan beliau dan jika dia tidak hadir masalah jabatan tidak boleh selesai.

Anehnya pula ketua jabatan berkenaan menetapkan tarikh sendiri dan meminta PAC bersetuju.

Mesyuarat itu juga dimaklumkan oleh jabatan perhutanan bahawa keluasan tanah milik mereka yang terlibat dengan pembalakan haram sehingga kini seluas 3,691 hektar dan kerugian kira-kira Rm 36 juta.

Kawasan sipanan hutan di Perak pada masa ini seluas 991,000 hektar dan angka ini tidak termasuk tanah kerjaan dan orang ramai.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selalu mereka yang tidak hadir ialah mereka yang memegang banyak jawatan atau 'sombong' kerana kerajaan melantik mereka tanpa mereka memohonnya.

Atau beliau ada kena mengena dengan pihak atasan.

Sebab itu saya syorkan Perak mesti ada data base mengikut ranking supaya mereka yang tidak datang mesyuarat dapat digugurkan.

Kalau kita tiada data base susahlah kita hendak mencari pelapis macam main bola atau badminton.

"Saya tak minta pun kerja tersebut tapi dilantik oleh kerajaan" begitulah cakap mereka yang sombong.

Mereka tidak tahu ramai orang Kubu Gajah yang lebih pandai dari mereka. Kalau taraf konsaltant dan pakar ni memang ramai tapi YMDS tidak kenal mereka kerana kawan YMDS hanya orang politik yang ramai.

Munkin ada orang Kubu Gajah yang lebih bertanggungjawab dari ahli yang tak datang tapi YMDS tiada data base tak tidak berakhtia untuk mengemukakan nama mereka ke IPOH.