Template by:
Free Blog Templates

7 March 2012

Banjir










Penduduk-penduduk yang rumah mereka berhampiran dengan dan sering berlaku banjir agar membuat persediaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Nyawa harus diselamatkan dahulu dan jangan tunggu sampai saat akhir baru hendak bertindak.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan banjir di kampung Sungai Ara, pagi tadi.

Seramai 27 buah keluarga terlibat dalam banjir kilat malam tadi di sekitar kampung Sungai Ara.

Turut hadir ketua kampung Sungai Ara, Haji Abdul halil Abdullah yang juga ketua UMNO cawangan di majlis berlangsung di dewan serbaguna Sungai Ara, pagi tadi.

Terdapat banyak rumah kediaman di pinggir sungai dan tanah rendah disekitar DUN Kubu Gajah dan terdedah pada ancaman banjir.

Ketua-ketua kampung yang kawasan mereka sering diancam banjir diingatkan supaya menyediakan pusat pemindahan pada waktu cuaca buruk.

Agensi-agensi kerajaan seperti jabatan parit dan saliran (JPS), jabatan kerja raya (JKR) dan polis diminta memantau kawasan-kawasan sungai yang sering dilanda banjir.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Dulu YMDS ada cadangkan untuk menjadikan kawasan tadahan di hulu Ijok untuk mengelakkan banjir.

Munkin kerajaan Perak tidak nampak keuntungannya.

Pandangan saya lebih daripada itu.

Jika wakil rakyat kita tidak disegani oleh pihak atasan sudah tentu apa cadangan kita pun mereka tidak pedulikan.

Sebab itu kita mahu wakil rakyat yang bising untuk pembangunan dalam mesyuarat undangan negeri atau pun wakil rakyat yang disegani oleh MB kita.

Dari segi ketokohan sahaja tidak mencukupi tapi mesti setanding dengan MB kita kalau kita nak jadi wakil rakyat yang boleh diterima cadangan mereka.

Yang kita takut mereka tepuk atau sapu belakang YMDS seperti kawan karib tidur sebantal tapi untuk pembangunan mereka tetap dahulukan tempat mereka.

Mereka mahu sokongan politik sahaja dari YMDS. Sebab itu kita ramaikan ahli UMNO supaya tempat kita disegani orang Pangkor atau Sunagai Rapat. Walaupun YMDS kalah menjadi calon tapi tidak kalah dalam kedudukan UMNO di Negeri Perak. Itulah yang saya mahu.

Saya dulu pun dah terkena macam ini tapi dalam kontek/keadaan yang berbeza kerana saya ahli UMNO pangkat ikin bilis sahaja.