Template by:
Free Blog Templates

7 March 2012

BR1M














Rakyat semua kaum semakin yakin dengan kepimpinan dan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Mereka amat bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri diatas pemberian BR1M dan lain-lain bantuan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian BR1M di pejabat penghulu Mukim Ijok di kampung Masjid,Ijok pagi tadi.

Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi dan ketua-ketua kampung dalam Dun Kubu Gajah.

Saya juga memberitahu seramai 385 orang penerima bantuan tersebut agar tidak terpengaruh dengan pandangan negatif yang dibuat oleh segelintir individu mengenai BR1M.

Mereka yang mempunyai buruk sangka mengenai BR1M sebenarnya bimbang dengan sokongan rakyat terhadap BN.

Keperhatinan perdana menteri terhadap masalah rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah amat dihargai.

Ramai juga yang kesal dan melahir rasa dukacita terhadap individu atau pihak bertindak memburuk-buruk BR1M.

Saya juga menyatakan bahawa pendekatan yang dibuat menteri besar Perak dan BN Perak yang sentiasa turutn kebawah juga menarik perhatian rakyat semua kaum.

Kerajaan Perak pimpinan Dr Zambry juga mengadakan banyak program kebanyakan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya rasa Wakil Rakyat ramai yang sedia maklum jika hendak membantu nelayan miskin berikan mereka alat penagkap ikan.

Jika penoreh getah berikan pisau getah, pancur (sudu), pot (mankuk) susu getah dan yang berkaitan.

Jika penanam kelapa sawit berikan mereka cop buah, kereta surung dan yang berkaitan.

Dan seterusnya kerja2 lain untuk membantu kemiskinan.

Perkara ini sudah menjadi buah mulut pegawai2 kita tapi kita masih bagi duit kepada mereka.

Sehari mereka ke Taiping anak beranak sudah habis $250/-.

Munkin ada yang mengatakan hanya lekat celah gigi sahaja.

Anonymous said...

YMDS,

Bagi Kubu Gajah turun ke bawah sahaja tidak mencupi.

Yang penting sekali ialah naik ke atas untuk meminta mereka yang di atas mengadakan pembangunan di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Yang susah ialah mempengarui mereka di atas ustuk membangunkan Kubu Gajah.

Sebagai Contoh bagaimana kita hendak mempengaruhi Pengurusi Sime Darbu membantu pembangunkan Kubu Gajah, Begitu juga Boustead dan Genting Plantations, Riverview (pejabat di Perak).

Saya takut kalau parti PAS naik mereka lebih takut untuk mempengaruhi chairman2 ini untuk membangukan Kubu Gajah kerana mereka lebih suka berpolitik dari UMNO. Estet Sime Darby, Boustead keliling kita, tapi mereka bantu kawasan yang sudah maju seperti di Johor dan di Selangor. CSR mereka nampaknya tidak membantu kawasan miskin. Cuba tanya Datuk Musa, betul tidak?

Diharap KWSP, Tabung Haji, Amanah Raya. PNB dll hendaklah melantik orang lain jadi Chairman/pengarah syarikat ini. Mereka yang baru hendaklah mereka yang perihatin tentang KEMISKINAN.

Bila saya datang mesyuarat, saya lihat yang sentiasa ada dan mengemukakan soalan bertulis ialah mereka yang datang dari KWSP.

PNB dan Amanah Raya kita tak nampak pun datang mesyuarat syarikat. Sebab itu tak untung banyak.

Bulan ini hingga bulan enam mesyuarat syarikat akan berterusan kalau YMDS tidak percaya cuba hadiri mesyuarat2 ini.

Lagi satu saya pohon YMDS cadangankan wakil rakyat pencen dan menjadi pengarah syarikat TAPI tidak membantu UMNO (tidak aktif) hendaklah diberhentikan jadi pengarah.

Maksud saya wakil rakyat Kubu Gajah dan Selama yang pencen tapi tidak aktif sepatutnya tidak layak menjadi pengarah syarikat atau mempengurusi badan kerajaan.Sebab itu kita mahu PNB, Amanah datang menguni untuk mengeluarkan mereka yang tidak aktif dalam UMNO.

Saya kesihan kepada YMDS kerana bekerja secara solo tanpa bantuan wakil rakyat yang sudah pencen.

Kerajaan memandang jasa lampau mereka tapi mereka peluk tubuh sahaja duduk di KL dan IPOH sekali2 nampak di Jakarta, Mekah dan luar negeri tapi tidak membantu UMNO. Habislah UMNO nampaknya?