Template by:
Free Blog Templates

23 March 2012

Terbiar








Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau sedang mengenalpasti tanah-tanah terbiar milik ahlinya yang berpotensi bagi dimajukan.

Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata terdapat beratus ekar tanah terbiar sekitar Batu Kurau dan amat rugi jika ia tidak dimajukan.

Justeru,beliau meminta kerjasama semua 22 unit PPK Batu Kurau mengenalpasti tanah terbiar sebanyak mungkin bagi dimajukan yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan kepada ahli-ahlinya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung unit peladang Batu 14 Batu Kurau, petang tadi.

Pengerusi unit peladang Batu 14, Major (B) Sabaruddin Mohd Zain, ahli-ahli lembaga pengarah PPK Batu Kurau, Haji Tajuddin Ibrahim dan Mohd Daud Napi serta pengurus Besar PPK, Haji Sabri Zainol turut hadir di mesyuarat yang diadakan di pusat tafiz di Batu 14.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah PPK akan memajukan tanahnya seluas 140 ekar di Ijok untuk tanaman kelapa sawit.

PPK telah melantik seorang pemaju untuk tujuan tersebut dan menjangkakan pendapatan hasil yang baik jika tanah berbukit dimajukan sekarang.

PPK juga sedang mengenalpasti produk tempatan bagi dipasarkan ke peringkat yang lebih luas hingga ke peringkat antarabangsa.

0 comments: