Template by:
Free Blog Templates

27 March 2012

Sungai banjir









Masalah banjir di Mukim Ijok khasnya dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah dapat diatasi melalui projek pembangunan Sungai Ijok.

Untuk tujuan itu kerajaan telah meluluskan peruntukan rm 38 juta khusus untuk Sungai Ijok sahaja.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap dan berdialog di majlis penyampaian bantuan banjir di Simpang Tiga Gudang, Pagi tadi.

Turut hadir ketua UMNO Simpang Tiga Gudang, Abdul Rahman Bin Noli, ketua kampung Padang Das, Musa Ibrahim dan ketua UMNO Jemerang Setar, Ramli Taib di dewan orang ramai Simpang Tiga Gudang.

Sebahagian daripada peruntukan rm 38 juta itu untuk pengambilan tanah kerana ia turut membabitkan pengubahan sungai.

Peruntukan itu akan dibelanjakan dalam tempoh hingga 2014 bagi mencegah banjir dan sungai Ijok jika melimpah boleh mengakibatkan banjir besar di kerian.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap projek mencegah banjir itu dapat dilaksanakan segera.

Sejumlah peruntukan juga disediakan kerajaan untuk tujuan yang sama bagi projek Sungai Ara dan Pulai dalam DUN Kubu Gajah.

Mengenai banjir Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan sungai agar berhati-hati pada musim cuaca tidak menentu dan sering hujan dan segera berpindah jika perlu.

0 comments: