Template by:
Free Blog Templates

26 March 2012

Jalan



Semua pihak termasuk pengurusan Ladang diminta agar memberi kerjasama bagi mempastikan jalan Kampung di Lembah Keluang tidak rosak semata-mata akibat daripada pengangkutan buah Kelapa Sawit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berharap jika ada mana-mana ladang yang menyebabkan jalan kampung rosak mereka haruslah bertanggungjawab untuk memperbaikinya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jalan yang rosak di Lembah Keluang dan telah diperbaiki baru-baru ini dengan belanja sekitar RM 50,000.

Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak hanya bagi memperbaiki jalan yang rosak disebabkan kenderaan berat termasuk yang membawa buah kelapa sawit.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meminta agar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Tebing Tinggi agar sentiasa memantau pihak-pihak yang terbabit menyebabkan jalan kampung sering rosak.

Jika jalan rosak ia akan menyulitkan pengguna yang lain terutama pelajar Sekolah dan penduduk, lebih-lebih lagi jika ia merupakan perhubungan utama.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga turut meminta JKKK berkenaan menyiasat punca pembuangan sisa pelepah pokok kelapa sawit yang menyebabkan dua buah titi kayu di Kampung Sungai Denang Hilir dekat Titi Ijok, runtun baru-baru ini.

0 comments: