Template by:
Free Blog Templates

6 March 2012

Pasir






Lembaga air Perak (LAP) turut dicadangkan sebagai sebuah lagi agensi rujukan sebelum permit pengambilan pasir diluluskan.

Ini bagi mengelakkan logi air dan rawatan terjejas jika ada kegiatan mengambil pasir di sungai yang berdekatan.

Pekara itu adlah diantara syor yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang awam negeri (PAC) Perak di Ipoh, pagi tadi.

Satu perbincangan agensi-agensi kerajaan seperti LAP, jabatan kerja raya (JKR), jabatan parit dan saliran (JPS), alam sekitar dan jabatan pengakutan jalan (JPJ) turut diadakan di mesyuarat PAC.

Masalah pasir menjadi isu jabatan audit apabila ia menyebabkan pencemaran dan kualiti sungai.

Pengambilan pasir yang tidak mematuhi arahan juga menjadi punca jalan raya dan jalan kampung rosak.

PAC juga mengarahkan supaya senarai pengusaha pasir diberikan kepada agensi kerajaan yang relevan agar pemantauan dapat dibuat sepanjang masa.

Sementara itu, sebuah agensi akan dipanggil berhubung permohonan bantuan rumah dibawah e-kasih yang sudah lulus, tetapi hingga dua tahun belum dilaksanakan.

Pekara ini amat mendukacitakan dan PAC memandang serious dan mahukan penjelasan segera daripada agensi berkenaan.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

PAC patut juga melihat sesuatu projek itu dilaksanakan hanya untuk kepentingan individu atau tidak.

Misalanya pembangunan sosial bertujuan politik.

Kita takut sesuatu projek hanya dibina di kawasan mereka yang disegani oleh jawatankuasa atau pun yang mempunyai kuasa/memegang hal ehwal kewangan atau pun yang bersuara sangat lantang dalam mesyuarat.

Sebagai contoh kita takut projek akan tertumpu di Manjung dan di kawasan Timbalan Menteri Kewangan.

Kalau keadaan begini berlaku pembangunan menyeluruh tidak akan tercapai seperti Aman Jaya kawasan Briah jauh ketinggalan dari tempat2 lain.

Anonymous said...

YMDS,

PAC tak boleh bincang kenapa lapangan terbang yang dicadangakan dibina di Briah atau di kawasan MB lenyap begitu sahaja.

Lapangan terbang Ipoh pula yang diperbesarkan.

Akhirnya kita tak boleh bina rumah tinggi di Kampung Melayu dekat lapangan terbang Ipoh

Anonymous said...

YMDS,
PAC nampaknya hanya memantu perbelanjaan negeri Perak.

Macam mana PAC nak atasi harga getah dan buah kelapa sawit berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain dan dari satu pembeli dengan pembeli yang lain dalam satu daerah yang sama, seperti Kubu Gajah dan Sungai Lompong.

Harga getah Sungai Lompong lagi murah dari Kubu Gajah.

Harga getah di Terangganu lebih tinggi daripada semua negeri di Malaysia.

Harga buah kelapa sawit tak masuk buku pun (kategori C) kerana kilang setempat tidak dapat memerah minyak lebih dari kawasan yang lain.