Template by:
Free Blog Templates

11 March 2012

Projek























Hasrat penduduk-penduduk sungai Dendang hilir di titi Ijok dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah untuk mendapatkan sebuah jambatan konkrik akhirnya tercapai.

Kerajaan negeri meluluskan rm 200,000 bagi membina sebuah jambatan baru bagi menggantikan dua buah titi kayu yang musnah akibat banjir baru-baru ini.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis kenduri rakyat di sungai Dendang Hilir di titi Ijok, pagi tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin telah menghubunggi menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bagi mendapatkan peruntukan membina jambatan tersebut selepas melawat titi-titi kayu yang runtuh itu baru-baru ini.

Mengenai dakwaan yang mengatakan titi-titi kayu itu roboh disebabkan pembuangan sampah pelepah pihak tertentu, ketua kampung Tebing Tinggi dan ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) mengadakan siasatan dan membuat laporan rasmi kepada pihak-pihak berkenaan.

Baru-baru ini akibat pembuangan sisa-sisa minyak di sungai yang sama, berpuluh-puluh ribu ikan yang menjadi punca pemdapatan penduduk mati.

Kerajaan negeri juga telah meluluskan rm 20,000 bagi memperbaiki titi di Ijok dan kerja-kerja sedang dilakukan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagian Larut, menyeru 97 buah cawangan UMNO dalam bahagian Larut memperkuatkan jentera pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 13 tidak lama lagi.

Beliau juga menyeru agar ahli semua peringkat menggelakkan diri sebarang pergeseran yang boleh melemahkan parti tersebut.

Pada majlis kenduri tersebut juga sepasang pengantin baru melibatkan seorang dengan pasangannya.

Pasangan yang diraikan ialah Omar bin Uman, 76 tahun dan Jamnah binti Taib, 66 tahun.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat Sungai Dendang Hulu lebih maju daripada yang hilir tapi Sungai Dendang hulu lebih lewat ditorkai.

Begitu juga Tebing Tinggi dengan Kubu Gajah tapi Kubu Gajah lebih maju dari Tebing Tinggi.

Disamping melihat pembangunan yang menyeluruh kerajaan patut juga melihat pembangunan Kampung Tertua di kawasan Adun KUBU Gajah supaya kampung ini tidak tertinggal jauh dari aras pembangunan.

Di Ijok ada dua kawasan tertua. Salah satu kampung tertua ialah kampung isteri komunis yang terkenal di kawasan LMS semasa zaman komunis dahulu.

Lagi satu kampung orang asli (dahulu kala).

Kerana kita terpengaruh cadangan pemimpin UMNO untuk membangunkan luar bandar, kampung tertua ini tertinggal jauh kebelakangan dalam arus pembangunan.

Cuba YMDS lihat di mana Sekolah awal yang di bina di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Sepatutnya pembangunan juga diseimbangkan dengan kampung tertua seperti Titi Ijok Jalan Taiping.

Semasa zaman British dahulu ramai orang Tebibg Tinggi berkahwin denag orang Titi Ijok. Semasa itu Kubu Gajah hanya ada 3 rumah. Salah satnya ialah rumah keturunan Cikgu Abu Samah Aliddin. Yang lain hanya pendatang baru. Kedai di depan yang paling awal kepunyaan orang Titi Ijok dan Tebing Tinggi.

Haji Adil (Tebing Tinggi) dan Arshad Mahmud (Titi Ijok). Tanah mereka ialah terletak di kawasan dimana bangunan Majlis yang ada sekarang.

Sebelah sana jalan agak kemudian sedikit dimajukan kepunyaan Yakop (Titi Ijok, anaknya jual mi). Yang lain macam pendatang 'haram' Kubu Gajah sahaja.

Saya harap YMDS harus juga membangunkan kampung tertua supaya ia tidak menjadi kampung Sriwijaya atau Angkor Watt atau pun Incar di Amerika Selatan.

Sebab itu saya syorkan YMDS bina pekan kedai dua baris di FELCRA Sungai Malau/Tebing Tinggi.

Anonymous said...

YMDS,

Trend projek pembangunan saya lihat amat pesat dijalankan di kawasan tempat pelarian orang kampung.

Jika orang kampung kita pindah/lari ke Ipoh, IPOHlah yang dibangunkan.

Jika mereka pindah ke KL, Kuala Lumpurlah dibangunkan.

Jika orang LMS ke Taiping, Taipinglah dibangunkan.

Projek kita nampaknya seperti projek migrasi dari luar bandar ke bandar.

Kita sekarang ini mesti ada PULL Factor yang kuat supaya mereka kemabali ke kampung.

Hanya jika YMDS dll membangunkan kampung barulah mereka ini balik.

Sebagai contoh Cikgu Normah (pencen) Ustaz Yahaya pun mahu buat kedai Bakeri di Pekan FELCRA Tebing Tinggi, jika YMDS bangunkan tempat tersebut. Tapi kalau YMDS tidak membangunkan Tebing Tinggi jika adiknya dilantik jadi wakil rakyat sekali pun beliau tidak akan balik ke Tebing Tinggi kerana 'tiada pembangunan' jika dibandingkan dengan Kemunting.

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat kriteria MB kita melihat ramai pengundi untuk jadi exco.

Cuba YMDS ramaikan ahli UMNO supaya wakil kita bertambah.

Kalau kita buat begini barulah MB kita tabik ke LMS.

Sekarang ni saya lihat beliau but baik dengan YMDS tapi pembangunannya masih ke Lembah Kinta dan Lumut.

Saya rasa kalau beliau betul2 baik dengan YMDS tentu beliau bantu LMS behih daripada Kembah Kinta atau sama dengan Lumut.

Kadang2 orang politik baik sama kita kerana politik sahaja tapi pembangunan apa pun tiada. Maksud saya tidak baik dari segi membantu pembangunan.