Template by:
Free Blog Templates

5 March 2012

BN menang

Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mampu mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya umum (PRU) ke 13 kerana semakin disenanggi rakyat.

Banyak pendekatan yang dibuat Datuk Seri Najib telah menyakinkan rakyat remaja.

Demikian tegas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan ketika berucap di majlis bersama rakyat di Kubu Gajah petang tadi.

Tirit hadir Ahli dewan undangan begeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga ketua UMNO bahagian Larut.

Terdahulu Datuk Seri Mohamad yang juga ahli majlis tertinggi (MT) dan bapa angkat UMNO bahagian Larut mendengar taklimat mengenai jentera pilihanraya BN Larut di bilik gerakan di Kubu Gajah.

Menteri Besar itu yabg juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Tasek Gelugor di Pulau Pinang, berkata kepimpinan Datuk Seri Najib semakin disenanggi kerana beliau sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

Justeru BN bukan sahaja mampu menang pada PRU ke 13, tetapi menang Besar kerana faktor Datuk Seri Najib dan pentadbiran beliau yang amat menyakinkan itu.

Begitupun,untuk memastikan kemenangan cemerlang BN, anggota parti kena elakkan pergesaran dan bekerja kuat.

Beliau amat berpuas hati dengan jentera pilihanraya UMNO dan BM Larut serta perpaduan yang ada.

Datuk Seri Mohamad juga yakin dengan kepimpinan UMNO bahagian Larut yang diketuai Datuk Seri Raja Ahmad dan mampu mempertahankan rekod bersih memenangi kesemua empat kerusi parlimen dan tiga DUN.

Turut hadir anggota exco negeri sembilan, Datuk Hashim,timbalan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Mohamad Daud Yusop, naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassin dan ketua Pemuda Anuar Ariffin.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Isu peribadi akan penjadi agenda pembangkang.

Saya harap Negeri Sembilan dapat mengatasi fitnah terhadap Tan Sri Mat Isa Samad sebelum pilihan raya.

Gunakan lawyer Menteri Dalam Negeri menghentam mereka jika mereka tuduh Tan Sri buat macam2 kepentinagan peribadi.

Anonymous said...

Terimakasih MB N9 kerana sudi melawat bumi Perak dan menyokong DS Raja Ahmad pemimpin yang kami sayangi dan segani.
Pengorbanan dan sumbangan DS kepada negeri Perak bukannya sedikit. Tengok saja di arena bolasepak, sebelum DS pegang Perak selalu kena buli. Tapi lepas DS jadi pengurus Perak pasukan bola kita jadi gah dan disegani ramai.

Saya pengundi atas pagar harap semua pengundi atas pagar macam saya akan menyokong DS dan pastikan BN menang besar dalam PRU 13 nanti. Jangan lagi terpedaya dgn dakyah pembangkang yang kuat mohong tu. Tengok saja semua negeri bawah pakatan, apa kemajuan yang depa buat, hapah pun tarak.
Buka lah mata dan minda anda dan jgn lah rakyat Perak dan rakyat Malaysia diperbodohkan lagi.
Moh kita ramai2 sokong BN.Hidup BN.

Pengundi atas pagar..

Jangan jadi menang sorak tanah tergadai sudahlah YMDS.

Macam-macam kerajaan bagi tapi semuanya lebuh (Putera Jaya, Perak)

Persoalan peribadi wajib dibersihkan dahulu sebelum PR 13.

Kalau kita dapat bersihkan soal peribadi saya percaya kita akan menang.