Template by:
Free Blog Templates

22 March 2012

Pertanian















Kerajaan Perak telah meluluskan kawasan seluas 1,500 ekar di kawasan dewan undangan ngeri (DUN) Kubu Gajah bagi tujuan perladangan kelapa sawit.

Pembagunan tanah tersebut akan dimajukan oleh dua buah agensi kerajaan negeri.

Demikian dinyatakan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyampaian BR1M di pejabat Ijok di Ijok,petang tadi.

Turut hadir penghulu mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan ketu-ketua kmpung dalam DUN Kubu Gajah.

Sebahagian daripada tanah tersebut akan membabitkan peserta-peserta yang akan dipilih manakala sebahagian lagi akan diagihkan saham keuntungan sepertimana ladang sungai segera bagi rakyat miskin.

Projek itu akan menjana meningkatkan ekonomi penduduk tempatan apabila ia dimaju dan diuruskan oleh agensi-agensi tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata telah menjadi hasrat beliau agar lebih banyak ladang rakyat dibuka dan dimajukan di DUN Kubu Gajah bagi membantu membasmi kemiskinan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir diatas kelulusan kerajaan negeri keatas tanah tersebut.

Mengenai BR1M, mereka yang gagal dinasihatkan agar membuat rayuan segera kerana tempohnya masih ada.

Beliau meminta ketua-ketua kampung dalam DUN Kubu Gajah membantu mengenalpasti pemohonan yang gagal untuk membuat rayuan.

0 comments: