Template by:
Free Blog Templates

4 March 2012

Fitnah






















Individu atau mana-mana pihak yang berkempen menjelang pilihanraya umum (PRU) diminta agar berhemah dan menggelakkan perbuatan menfitnah.

Mereka harus bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat dan sebarang fitnah akan hanya memecah belahkan masyarakat.

Rakyat diminta menolak segala tomah mana-mana individu atau pihak yang berkepentingan politik menjelang PRU yang akan datang.

Ahli dewan undangan (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian di majlis perjumpaan bersama pemimpin di kampung titi gantung di batu 20.

Pembangkang sudah kehabisan sebab itu mereka menafikan kebaikan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kempimpinan Datuk Seri Najib diperingkat pusat dan menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semakin terserlah dan disenanggi rakyat melalui program turun padang dan bantuan kebajikan bagi meringankan bebanan rakyat berpendapatan rendah dan miskin.

Mengenai projek luarbandar, Kerajaan melaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Di majlis tersebut turut diadakan dialog dan banyak isu yang ditimbulkan termasuk masalah jalan kampung,lampu jalan dan kemiskinan.

Turut hadir ketua kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun, ketua UMNO cawangan Batu 20, Haji Rosli Mat Zain dan ketua wanita Batu 20, Zainab Awang.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah contoh pemimpin hebat, pemimpin yang berjiwa rakyat yang sanggup turun padang untuk bersama rakyat dan menyelesaikan apa jua permasalahan.
Memang betul cakap YB, pembangkang sememangnya sudah ketandusan idea2 kerana mereka hanya pandai cakap tapi tak serupa bikin. Tgk hakikatnya bila pembangkang perintah Perak selama 11 bulan dulu. Apa kemajuan yang mereka buat untuk Perak melainkan tukar kereta exco dari kereta nasional kepada kereta import. Begini kah pemimpin yang kita mahu.
Saya yakin YB dan BN Perak akan menang besar dlm PRU13 nanti. Hidup YB!!!

Anak Perak.

Anonymous said...

YMDS,

UMNO mempunyai ramai lawyer.
Kumpulkan mereka ini. Jika ada fitnah dalam kempen terus laporkan kepada polis.

Kemudian kita lihatlah kewibawaan lawyer UMNO untuk membantu UMNO mengenepikan fitnah.

Saya lihat trend isu akan datang adalah trend peribadi.

Datuk Nazri saya rasa boleh menjadi pemimpin untuk memberentas JENAYAH fitnah.

Perkara ini kita tak boleh main2 untuk menang.

I hope lawyer kita tidak hanya pandai sign perjanjian sahaja.

Perangi fitnah jika hendak menang PR 13.

UMNO jangan lagi tidur. Sekarang mesti memulakan PERANG fitnah.

Buat apa perang plihan raya kalau perang fitnah UMNO sudah kalah.