Template by:
Free Blog Templates

22 March 2012

Tanah

Jawatankuasa tanah daerah kecil Selama telah mengenal pasti beberapa lagi kawasan untuk program tanah pertanian berkelompok dan tapak rumah.

Ia bertujuan mangatasi masalah rakyat miskin dan mereka yang tidak memiliki tanah.

Jawatankuasa daerah mengadakan mesyuarat pertamanya tahun ini yang dipengerusikan pegawai daerah Larut, Matang dan Selama Haji Harun Rawi di pejabat daerah Selama pagi tadi.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar, Adun Selama, Datuk Daud Yusof dan ketua pegawai daerah kecil Selama, Haji Mohamad Yusoff Bin Abustan.

Satu tapak telah dikenal pasti untuk mewujudkan sebuah lagi kampung tersusun di Dun Kubu Gajah.

Kampung tersusun 1M itu dijangka dapat menepatkan sekitar 60 buah keluarga dan sedang menunggu kelulusan Kerajaan negeri untuk kelulusan.

Kertaas kerja mengenai program telah dipanjangkan ke pihak berkenaan untuk diangkat ke mesyuarat exco.

1 comments:

Unknown said...

as salam tuan, bagaimana caranya untuk memohon tanah kampung tersusun atau tanah pertanian berkelompok..saya amat berminat