Template by:
Free Blog Templates

30 November 2009

Air Paip Bertukar Menjadi Keruh


Kubu Gajah, Isnin 30 Nov. 2009 - Petang ini, sebaik menerima adun, Saya ke RTBK, Pondok Tanjung kerana air paip di situ, bertukar menjadi keruh dan merisaukan penduduk terutama untuk tujuan minum.

Saya agak terkejut bila melihat dengan sendiri ke beberapa buah rumah bersama dengan Ketua Kampung, Ismail Hashm. Saya memberitahu beliau, malam tadi, ada seorang penduduk menalipon Saya mengenai masalah tersebut.

Ada juga rumah-rumah yang mengalami masalah tekanan air rendah dan amat menyulitkan bila tiba masa untuk mengadakan majlis kenduri kahwin.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Jurutera Lembaga Air Daerah Taiping dan beliau berjanji untuk menyiasat dan memberikan laporan.

Saya sendiri sebelum ini berhasrat supaya didirikan sebuah empangan di Ijok sebagai usaha mengatasi masalah air dan juga banjir. Saya telahpun meminta beberapa juru perunding swasta untuk membuat kajian terperinci mengenai projek tersebut sebelum diangkat ke pihak kerajaan Negeri dan Pusat bagi mendapatkan kelulusan.


Saya berharap masalah bekalan air ini dapat diatasi dengan seberapa segera bagi menggelakan lebih ramai penduduk yang mengambil air tidak bersih dan mengancam kesihatan.

Bersama Ketua Kampung Redang Panjang, Saya kemudian melawat tebing sungai Ijok yang rebak berdekatan Kampung Gelugor yang terdapat beberapa buah rumah cuma beberapa meter sahaja daripada sugai tersebut.

Saya berharap pihak JPS akan mengambil tindakan segera untuk menjojoi tebing sungai tersebut kerana bimbang sekiranya hujan turun dengan lebat ia akan menyulitkan lagi keadaan.

29 November 2009

Kenduri Kahwin Di Raya Korban



Awal-awal lagi Saya sudah tiba di majlis kenduri kahwin di Kampung Ceruk Pelanduk. Sebaik tiba saya terus ke bahagian dapur tempat memasak. Sebagaiman biasa, Saya lebih suka makan di situ.

Hari ini, Saya bukan sahaja dapat menceduk gulai daging yang baru masak dari kawah, tetapi juga ikan masih yang disediakan. Berselera dapat makan bersama dengan tukang masak hendak pula ada sambal belacan.

Sebaik melangkah keluar, Saya terima pesanan berulang kali meminta jangan lupa ke kenduri kahwin di Kampung Jambi. Namun tiba di sana, Saya mohon maaf kepada tuan rumah kerana terlalu kenyang kerana makan banyak di rumah kenduri terdahulu.

Begitupun, Saya ambil kesempatan bantu mengisi lauk ke dalam pinggan tetamu yang datang. Saya turut diberi penghormatan menepung tawar kedua pengantin.


Saya kemudian beredar ke kenduri kahwin rumah Ketua Kampung Teras di Ijok. Sebaik tiba, Saya terus ke bahagian dapur dan makan di tempat menghidang sambil berborak dengan mereka yang sedang sibuk menyediakan hidangan.

Dalam hujan yang mula turun renyai-renyai, Saya ke majlis kenduri di Sungai Lempong, Kampung Damak Hilir dan Kampung Sungai Segar.

Selepas itu, ke rumah Ketua Kampung Redang Panjang kerana majlis pertunangan anak sulung beliau dengan orang Bagan Datoh. Tidak jauh dari situ, ada juga kenduri kahwin yang turut Saya hadir.

Alhamdullilah, hari ini Saya banyak menghabiskan masa menghadiri majlis-majlis kenduri kahwin dan pertunangan.

28 November 2009

Menghadiri Korban Raya, Kenduri Kahwin dan Pertunangan


Awal pagi tadi, tiba di Jelai untuk menyaksikan majlis korban, sumbangan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Batu kurau. Begitupun, sebaik tiba, lembu yang seharusnya sampai jam 7 pagi masih lagi belum sampai dan Saya telah dijemput oleh Pengerusi Unit PPK Jelai, Adnan Haji Kassim dan Ketua Kampaung Jelai, Mohd Ali Awang Besar untuk bersarapan pagi di bawah sebuah khemah di depan kedai Makan Allahyarham Haji Kassim.

Pada masa yang sama juga, melihat Saya berada di situ, beberapa orang lagi Ketua UMNO Cawangan dan ahli serta penduduk yang melalui jalan tersebut, telah singgah untuk sama bersarapan.

Kira-kira jam 8.45 pagi, Saya telah dihubunggi oleh Pengurus besar PPK Batu Kurau bahawa Lori yang membawa Lembu korban telahpun tiba di belakang Mesjid Jelai. Saya terus ke sana dan meminta urusan penyerahan itu dilakukan oleh Pegawai PPK sendiri.

Sebaik selepsa, Saya beredar. Sambil menunggu majlis penyerahan lembu korban di Kampung Anak Kurau, Saya singgah untuk berjumpa dengan orang ramai di Kampung Perak bersama dengan Ketua Kampung, Zakaria atau Pak Ya. Juga kebetulan berada di situ ialah Ketua UMNO Cawangan Toh Paduka, Zulkifly.

Sebaik diminta supaya majlis penyerahan korban lembu di Kampung Anak Kurau dipercepatkan, Saya terus ke sana dan sedia menunggu ialah Ketua Unit Peladang di situ, Nasuha dan beberapa orang lagi.


Selepas itu, Saya ke majlis kenduri kahwin di Kampung padang lalang, ketika itu masih belum ada tetamu yang hadir kerana masih awal pagi dan tuan rumah serta beberapa orang lagi sedang sibuk masak.

Saya kemudian ke majlis pertunangan anak Mohamed Abdullah di Kampung Bahru, sebelum bertolak ke satu lagi majlis kenduri kahwin di Pantai Besar. Sebaik tiba di Mesjid Kampung Mesjid, Ijok tetamu sedang menikmati jamuan makan korban yang diadakan pada sebelah paginya. Turut hadir ialah Datuk Mohd Daud Yusof, ADUN Selama yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut.


Dalam perjalanan untuk menunggu penyerahan lembu-lembu bagi DUN Kubu Gajah, Saya singgah ke satu lagi majlis kenduri kahwin di Bagan Bahru. Saya juga singgah di Rumah Ketua Kampung Teras dan Rumah Ishak di Sungai Lempung yang juga melangsungkan perkahwinan anak mereka.

Di majlis korban di Sungai Ara, ia dilangsungkan di perkarangan rumah Ketua Kampung, Pak Lang Halil Abdullah. Sewaktu tiba, mereka sedang menunggu ketibaan lembu, sambil menjamu buah dokong dan langsat milik dusun penduduk tempatan.

Sebail lembu tiba kira-kira jam 4.15 petang, penyembelihan terus dilakukan. Daging-daging korban kemudian diagih-agihkan kepada penduduk tempatan dan beberapa buah kampung yang berhampiran. Seekor lagi lembu akan dikorbankan pada majlis yang akan dilangsungkan pagi esok di Tebing Tinggi.

Raya Korban Memberi Keinsafan

Saya begitu terharu mengikuti khutban Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dan Jumaat, terutama bila Umat Islam dikembalikan dengan ingatan pengorbanan besar Nabi Allah Ibrahim.

Seandainya itulah yang menjadi pegangan, Umat Islam tidak sewajarnya berpecah belah hanya semata-mata kerana berebut kuasa dan menjaga kepentingan sesuatu pihak, sedangkan penindahan Yahudi terhadap bumi Palestin dan rakyatnya semakin berluas-luasa.

Agenda utama perpaduan Islam itu tidak akan tercapai jika Umat Islam itu sendiri tidak menunjukan contoh yang baik.

Alhamdullilah, Hari Raya Aidil Adha tahun ini, ramai yang membei sumbangan untuk majlis korban di DUN Kubu Gajah khususnya dan Parlimen Larut pada keseluruhannya.

Selepas solat Jumaat, beberapa ekor lembu dan kerbau telah ditumbangkan di Mesjid Kampung Perak, Batu Kurau. Saya sendiri hadir di majlis pengagihan daging-daging tersebut bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Daud Yusof.

Pada hari ini pula, Saya turut menyaksikan penyerahan beberapa ekor lembu korban anjuran Peladang Kawasan Batu Kurau di Kampung Jelai dan Anak Kurau.

Penyerahan beberapa ekor lembu juga dilakukan di Kampung Sungan Ara dan Tebing Tinggi untuk tujuan korban bagi peringkat DUN Kubu Gajah. Pada paginya pula, majlis korban telah diadakan di Mesjid Kampung Mesjid, Ijok.

Pada sambutan Hari Raya Korban ini, ada juga majlis-majlis kenduri kahwin dan pertunangan.

Bayaran Elaun Pengadil Harus diTunaikan.


Saya terkejut bila dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada pasukan-pasukan dalam liga Malaysia musim lalu gagal membayar elaun perlawanan pengadil yang bertugas.

Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah mengarahkan sekretariat Pengadil untuk menyediakan maklumat terperinci mengenai perkara tersebut supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Begitupun, bagi menggelakan masalah seumpama itu berulang, Sekretariat Pengadil FAM sendiri yang akan mengurus pembayaran elaun tugas perlawanan pengadil mulai musim yang akan datang.

Itu adalah mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengadil FAM yang Saya pengerusikan sebaik dilantik baru-baru ini. Banyak perkara yang dibincangkan termasuk Sekretariat Pengadil akan mengeluarkan Directory bagi tujuan rujukan.

Jawatankuasa itu juga bercadang mendapatkan seorang Pengadil dari Luar Negara bagi perlawanan akhir piala FA dan piala Malaysia musim akan datang. Jawatankuasa itu pada mulanya merancangkan mendapatkan khidmat seorang pengadil luar pada perlaanan akhir piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan baru-baru ini, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana pengadil berkenaan juga terlibat dengan urusan di Negaranya pada masa yang sama.

Tujuan pengadil luar dibawa bukanlah bertujuan memperkecil-kecilkan kebolehan pengadil tempatan. Pengadil Negara juga mendapat pengiktirafan FIFA dan Malaysia telah ditawarkan satu lagi tempat sebagai pengadil FIFA menjadikan daripada lima kepada enam. Calonnya telahpun dikemukakan.


Program pertukaran pengadil ke beberapa buah Negara lain, terutamaka peringkat Asean juga turut dibincangkan, selain menghantar mereka berkursus ke Kelab-Kelab Eropah. Begitupun rancangan itu tertaluk kepada kelulusn FAM sendiri kerana melibatkan kewangan.

Mengenai aduan terhadap mutu pengadilan, Saya juga diberitahu walaupun ramai pegawai yang membuat kritikan di media, tetapi yang betula-betul serious membuat aduan secara resmi liga Malaysia musim lalu, cuma seoang sahaja.

Ini menunjukan mereka tidak serious dalam perkara tersebut.Barangkali sekadar melepaskan geram kerana kalah, tetapi tidak bertindak untuk membuat aduan secara resmi sebagaimana yang diarahkan oleh FAM.

Saya menyeru agar aduan mengenai pengadil hendaklah dibuat secara resmi bagi menggelakan sebarang tindakan yang akan dikenakan oleh Jawtankuasa Displin.

Lagipun adalah tidak adil pengadil dikritik secara terbukat kerana mereka tidak berpeluang untuk mempertahankan diri secara terbuka.

Ketua Bahagian dan ADUN turun Mendengar Masalah


Selepas perjumpaan pertama dengan semua Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung di DUN Kubu Gajah, Saya mengadakan mesyuarat yang sama di peringkat DUN Selama dan banyaklah perkara yang telah dibangkit dan diutarakan.

Saya juga memberi taklimat mengenai program Bahagian yang dirancangkan berasakan pandangan Pemimpin dan Ahli di peringkat Cawangan.

Dalam perjumpaan yang diadakan di Rumah UMNO Bahagian itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Mohd Yusof juga turut hadir memberi dan mendengar pandangan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampaung.

Saya juga memintan semua Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan menyediakan senarai lengkap mengenai keluarga yang masih memerlukan bantuan kebajikan daripada setiap kampung dan cawangan dibawah pentadbiran mereka.


Aktiviti JKKK juga perlu dilaporkan kepada Pejabat Bahagian. Semua aktiviti Parti hendaklah diselaraskana terutama mengenai kemasukan ahli baru.

Urusetia Bahagian juga akan kerap berurusan dengan Ibupejabat Parti di Kuala Lumpur mengenai kedudukan keahlian UMNO Bahagian supaya jangan lagi ada nama yang tertinggal.

Saya juga menyatakan bahawa perjumpaan seperti itu akan diadakan dari masa ke semasa bagi menddapatkan maklum balas di peringkat akur umbi.

24 November 2009

DUN Kubu Gajah akan diMajukan.


Kubu Gajah, Selasa 24 Nov. 2009 - Ramai yang menyambut baik cadangan Saya agar dibina sebuah Empangan sebagai salah satu usaha mengatasi masalah banjir di DUN Kubu Gajah dan kawasan sekitarnya.

Saya memaklumkan kepada Ketua-Ketua Kampung dan cawangan UMNO di DUN Kubu Gajah dalam satu perjumpaan petang ini bahawa kajian mengenainya sedang dilakukan oleh pakar dan juru perunding.

Malah, projek tadahan hujan jika dibina di Ijok juga boleh dijadikan pusat pelancongan dan ini akan mendatangkan sumber pendapatan dan mempromosi produk tempatan.

Saya mengadakan perjumpaan tersebut bagi mendengar masalah peringkat Kampung, Cawangan dan Masyarakat.

Saya telah meminta supaya Ketua Kampung dan Cawangan menyediakan laporan mengenai kebajikan penduduk termasuk masalah tanggungan termasuk pelajaran anak dan juga Ibu tunggal.


Saya juga telah merujuk senarai E-Kasih yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah unttuk tindakan mereka agar ketua Kampung dan Cawangan turut mengetahui penerima bantuan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya juga mengarahkan penubuhan sukarelawan remaja bagi menghadapi banjir di DUN Kubu Gajah, selain meminta laporan setiap mesyuarat JKKK dan program harian, mingguan atau bulanan mereka. Masalah gejala dadah dan jenayah kampung haruslah jugai diberikan perhatian serious.

Perjumpaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Bagan Bahru itu akan diadakan dari masa ke semasa bagi mendengar dan mendapatkan pandangan mereka megenai usaha untuk memajukan DUN kubu Gajah.

Besok, Rabu 25 Nov. Saya akan mengadakan perjumpaan yang sama bagi DUN Selama bersama dengan Datuk Haji Mohd Daud Mohd Yusof di Bangunan UMNO Bahagian manakala di DUN Batu Kurau selepas Hari Raya Aidil Adha.

23 November 2009

Bertanya Khabar Musim Hujan


Kubu Gajah, Isnin, 23 Nov. 2009 - Hari ini pada mula bercadng hendak masuk ke kawasan ladang untuk meninjau keadaan penduduk di sana, tetapi sebaik tiba di Pekan Kubu Gajah, hujan turun agak lebat.

Sementara tunggu, hujan berhenti, sempat berumpa dengan beberapa orang penduduk dari Kampung Sungai Jernih yang baru balik dari Pejabat Kebajikan untuk mengambil bantuan saraannya dan singgah di Pekan Kubu Gajah untuk bertanya khabar.

Cikgu Abu Samah Alidin, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah dan Cikgu Osman Ahmad yang juga Ahli Jawtankua UMNO Bahagian Larut juga ada bersama, kebetulan masa ini sekolah baru mula bercuti.

Mak Chik yang mengamil bantuan saraanya itu sempat merayu kepada Saya mohon sekiranya bantuan itu dapat ditambah kerana tidak mencukupi.


Program gempur bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kerap diadakan di DUN Kubu Gajah untuk membantu mereka yang tidak mampu.

Saya juga telah meminta semua Ketua Kampung dan JKKK untuk mengumpul maklumat keluarga yang layak mendapat bantuan, tetapi masih belum lagi memperolehinya, samada permohonan mereka pernah dimajukan atau belum.

Ini kerana masih ramai yang merungut kerana permohonan mereka ditolak. Saya sendiri akan membawa perkara tersebut untuk mendapat penjelasan daripada pihak berkenaan, kerana mengikut mereka ada pemohon yang layak, tetapi tidak lulus manakala yang tidak layak, tetapi mendapat perhatian.

Limkokwing Menawarkan Tempat Percuma kepada FAM


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) amat berterima kasih kepada Universiti Limkokwing kerana tawarannya menyediakan 10 tempat percuma untuk pengajian di peringkat Masters.

Berita baik itu disampaikan sendiri oleh pemilik Universiti, Professor Emertius Tan Sri Dr Limkokwing kepada kebawah DYMM Tuanku Sultan Pahang, selaku Presiden FAM di wisma FAM di kelana Jaya, dalam kunjungan beliau.

Malah, Universiti berkenaan yang mempunyai cawangan di serta dunia termasuk di London turut menawarkan tempat tanpa had kepada FAM bagi peringkat Diploma Pengurusan Sukan.

Universiti tersebut juga menawarkan tempat percuma kepada anak-anak Allahyarham Major Zainuddin Abdul Ghani yang meninggal dunia ketika bertugas dalam kejohanan bola sepak pantai di kuantan, baru-baru ini.

Limkokwing membuat persetujuan tersebut sebagai membalas permintaan Baginda Tuanku Haji Ahmad Shah ketika menyampaikan sumbangan FAM kepada balu allhyarham di Wisman FAM.

Langkah Universiti Limkokwing itu akan menjadikan bidang sukan, terutamanya bola sepak sebagai galakan dan untuk menjadikan sukan itu lebih penting dan ada jaminan masa depan.

Baginda berharap tawaran Universiti berkenaan akan mempertingkatkan lagi imej dan martabat bola sepak tempatan.

22 November 2009

Menteri Lupa Sahabat Ketika Sama-Sama Susah

Selalunya kalau Saya berada di Ibu Negara, paling menyelerakan makan tengahari ialah nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kebetulan Hari ini, ada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan EXCO FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Selepas mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Saya teringat hendak makan nasi kandar di tempat biasa dan langsung menghubunggi seorang kenalan yang berkerja dengan sebuah Akhbar tempatan.

Macam biasa, orang terlalu ramai dan kena beratur, mujur kawan Saya tadi telah duduk di salah sebuah meja awal-awal lagi.

Sebaik mengambil makanan Saya menuju ke meja yang telah diduduki oleh kawan Saya tadi. Beliau pula kebetulan, ketika sampai di Restoran berkenaan, telah menemui kenalan lama beliau itu yang kemudian memperkenalkan kepada Saya.

Beliau sengaja menunggu untuk bertemu dengan Saya, sebaik diberitahu oleh rakan Saya yang beliau sedang menunggu Saya datang untuk makan di situ.

Kawan kepada kenalan Saya ini adalah seorang pengusaha Teksi di Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau merungut kerana limosin nya hanya boleh masuk ke kawasan KLIA, tetapi tidak boleh ambil penumpang.

Beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Saya kerana beliau tahu yang Saya pernah menjadi Pengerusi Lembagai Pelesanan Pengangkutan Perdagandan (LPKP). Saya memberitahu beliau mengenai dasar yang telah ditetapkan oleh Kemenerian berkenaan, tetapi jiga tidak berpuashati mereka boleh menemui pihak yang berkenaan untujk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam.

Katanya, beliau telah berputus asa mengenai perkara tersebut, malah ketika Saya menegeaskan kenapa tidak bawa sahaja ke pengetahuan Persatuan supaya diambil sesuautu tindakan, beliau hanya tersenyum.

Katanya, nak minta tolong Persatuan, mereka pun sibuk mencari permit. Anehnya dalam bercerita pasal teksi, tiba-tiba kelain perginya. Beliau mengadu kepada Saya ada seorang sahabat beliau yang kini menjadi seorang Menteri Kabinet, tetapi cukup mengecewekan beliau kerana dahulu jumpa siang dan malam, tetapi sekarang, tak usahkan hendak berjumpa hendak jawap telefon pun susah.

Saya cuba mengambil hati beliau dengan mengatakan bahawa Menteri sibuk manalah ada masa, tetapi dia denga nada marah dan geram mengatakan bukan Menteri itu tak kenal beliau, malah sebelum beliau naik dahulu pernah mengatakan jika beliau menjadi Menteri, sahabat itulah yang orang pertama yang ditolong.

Tetatapi itu dulu Datuk Seri, beliau cuba menyakinkan Saya. Katanya lagi jika orang yang macam beliau yang rapat pun tidak dilayani oleh seorang sahabat lama pernah ke hulu ke hilir dan menjaga anak Menteri berkenaan dulu, tetapi sekarang macam kacang sudah lupakan kulit.

Katanya, bukan beliau yang berjanji, tetapi sahabatnya itu. Dengan nada yang penuh kesal, beliau berkata Menteri pun bukan kekal, boleh datang dan pergi. Tetapi, persahabatan kekal selama-lamanya.

Malah, baru-baru ini sebelum ke Tanah Suci, beliau seorang sahaja yang datang berkunjung ke rumah Menteri berkenaan.

Beliau berkata walaupun sahabatnya itu tadi tidak lagi seperti dahulu, teapi beliau tidak berdendam, malah kalau selepas ini beliau digugurkan tidak lagi menjadi Menteri,beliau tetap menjadi sahabatnya.

Saya hendak tahu juga siapa Menteri berkenaan, Beliau hanya sekadar membayangkan bahawa Mentteri itu adalah naik di zaman Pak Lah di suatu Kementerian yang agak senior, tetapi sebaik rombakan kabinet Datuk Seri Mohd Najib, beliau telah ditukarkan ke Kementerian yang agak junior.

Sebeluim beredar, beliau bersimpati dengan beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri yang telah digugurkan. Ada dikalangan mereka seperti kehilangan kawan, barangkali ketika memegang jawatan dahulu, mereka sombong dan lupa diri.

Begitu pun, Saya tetap memujuk beliau supaya bersabar barangkali sahabatnya itu terlalu sibuk. Beliau lantas menjawab, sibuk apa, "Saya di pejabatnya pun kena tunggu lama, pun tak dapat jumpa, tetapi ada orang lain yang boleh masuk begitu sahaja."

Beliau kemudian beredar kerana ada tempahan limosinnya, sambil mengucapkan terima kasih kerana Saya sudi mendengar rintihannya itu.

21 November 2009

Penerima Dermasiswa Yayasan Perak Jangan Salahguna Bantuan Tersebut


Kubu Gajah, Sabtu 21 Nov. 2009 - Hari ini, Saya berpeluang menyampaikan dermasiswa Yayasan Perak kepada 55 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi (IPT) di DUN Kubu Gajah.

Ketika berucap meresmikan majlis tersebut, Saya menginatkan semua penerima dermasiswa tersebut supaya bersyukur dan tidak menyalahgunakan bantuan tersebut untuk tujuan lain.

Mereka,sebaliknya menggunakan wang tersebut bagi menggurangkan bebanan keluarga ketika berada di IPT termasuk membiyai perbelanjaan belajar.

Rakyat seharusnya berterima kasih diatas inisiatif Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang sentiasa memberikan perhatian kepada memajukan bidang pendidikan di Negeri ini.


Saya juga menyatakan bahawa Kerajaan BN adalah sebuah Kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama. Yayasan Perak juga menyediakan tabung khas untuk membantu pelajar-pelajar bukan Melayu.

Seramai 55 orang pelajar menerima dermasiswa Yayasan Perak dari DUN Kubu Gajah termasuk seramai 22 orang di peringkat Diploma dan 17 orang di peringkat Ijazah.

Setiasuaha Kerja Yayasan, Farid Haji Wazali berkata Pihaknya memerlukan RM 4 Juta lagi bagi membiyai program tersebut kerana semakin ramai mereka yang memohon.

20 November 2009

Hubungan Erat Malaysia-Sulawesi


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melakukan lawatan kerja sehari ke Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 18 Nov. 2009.

Perdana Menteri dan Isteri menjadia tetamu kehormat bersempena sambutan perayaan ulangtahun ke 689 Kerajaan gowa.

Peswat Airbuys yang membawa kami, mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Makassar (lanud) kira-kira jam 12 tenghari (waktu Sulawesi Selatan dan Malaysia adalah sama).

Bapa Dr H. Syharul Yasin Limpo, Gubernur Sulawesi Selatan dan Isteri menyambut ketibaan Perdana Menteri dan Isteri di Lanud. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, turut mengiringgi Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam lawatan tersebut.

Setibanya di Lanud, Perdana Menteri dan Dr Maximus menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman antara tiga agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Mimos, Sirim Berhad dan Teknologi Park Malaysia dengan Universiti Hasanuddin Markassar.

Seterusnya, Perdana Menteri dan Isteri menghadiri jamuan makan tengahari di kediaman resmi Gubernur Sulawesi Selatan. Kemudian, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah diberikan persalinan pakaian adat Gowa bagi dipakai pada acara perayaan ulangatahun ke 689 kerajaan gowa.

Selepas jamaun makan tenghari, Perdana Menteri dan Isteri serta rombongan menuju ke Lapangan Syekh Yusuf discovery di Gowa di mana kemuncak ulangatahun ke 689 Kerajaan Gowa dijalankan.


Perdana Menteri dan Isteri diarak dengan diiringgi oleh 12 orang pembawa 'lallung', sepasang remaja berpakaian pengantin, dua orang pengawal dan perajurit Kerajaan seramai 30 orang.

Lebih 5,000 orang jemputan hadir pada majlis tersebut. Perdana Menteri diberi penghormatan berucap selain, Gubernur Sulawesi dan Bupati Gowa, Bapa Ichsan Yasin Limpo. Sekumpuan Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Makasar juga hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Di majlis itu juga, lapangan syekh yusuf discovery yang merupakan sebuah taman awam di Gowa di resmikan.

Perdana Menteri dan Isteri kali terakhir melawat Gowa pada 15 mei 2009 di mana mereka telah menziarahi makam Sultan Hasanuddin.


Datuk Seri Najib mempunyai perhubungan yang akrab dengan Gowa memandangkan beliau memiliki darah keturunan raja Gowa yang ke 19, Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakiung. sewaktu Perdana Menteri melawat Gowa pada tahun 2005, beliau telah diberikan gelaran, Mappadulung Daeng Mattimung Karaaeng Sanrobone oleh Masyarakat Gowa.

Perdana Menteri dan Isteri serta rombongan berlepas pulang ke Kuala Lumpur, selepas menziarahi Makam Kesultanan Kerajaan Sulawesi Selatan.

Saya dapat menyaksikan dengan sendiri betapa sambutan meriah oleh penduduk Gowa yang berbaris di sepanjang jalan laluan Perdana Menteri dan Isteri. Malah ada sebatang jalan yang telah dinamakan atas nama Tun Abdul Razak.

18 November 2009

Lawatan bersama PM ke Makasar


Perdana Menteri, Datuk Seri Mhad Najib Tun Abdul Razak yang melakukan lawatan ke Sulawesi sempena dengan sambutan ulang tahun ke-689 Kerajaan Gowa, hari Rabu telah diangurahkan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.


Gelaran berkenaan dimiliki darah keturunan Raja Gowa yang ke-19, Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakiung. Najib ditabal dengan gelaran berkenaan atas siafat beliau mempunyai pertalian darah dengan Raja Gowa yang berhijrah ke Pahang yang memakai gelaran Syahbandar.


Semasa berucap pada majlis berkenaan berkata, sejarah dan agama tidak boleh dipisahkan malah hubungan yang lebih erat dengan Gowa dan Indonesia pada keseluruhannya. “Pegangan kepada tradisi dan adat seharusnya dilihat bukan bersikap kuno walaupun dalam zaman teknologi maklumat kerana sejarah dan adat resam tidak boleh dipasahkan,” katanya.

17 November 2009

Empangan Di Ijok Bagi Mengatasi Banjir

Saya merasakan sudah tiba masanya dikaji kemungkinan dibina sebuah Empangan bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda DUN Kubu Gajah dan beberapa kawasan berhampiran terutamanya daerah Kerian.

Saya mencadangkan agar sebuah perunding dilantik bagi mengkaji projek tersebut yang tidak langsung juga akan membawa keuntungan kepada Negeri dan Negara kerana penggunaan empangan tersebut.

Saya sendiri akan membawa perkara tesebut ke pengetahuan Menter Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai langkah mengatasi masalah banjir, akibat daripada limpahan air dari Sungai-Sungai yang sedia ada.

Tidak dinafikan jika banjir melanda kawasan Ijok di DUN Kubu Gajah ia akan mengalir ke Sungai Kerian. Ini tidak termasuk limpahan air dari kawasan Batu kurau ke Sungai Pondok Tanjung, bersebelahan dengan Tasek Bukit Merah.

Perkara ini Saya bawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Taiping.

Menteri Besar dalam lawatannya ke beberapa Pusat Pemindahan banjir di Negeri ini juga menyatakan masalah banjir yang sering berlaku akibat limpahan air di Ijok dan Batu Kurau.

Membimbangkan bila berlaku masalah banjir ialah bukan sahaja kerana harta benda yang akan rosak, tetapi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang sedikit sebanyak akan menggangu tumpuan mereka.

Saya turut melahirkan rasa kebimbangan tersebut ketika meresmikan majlis anugerah Sekolah Kebangsaan Jalan Menteri, Selama.

Saya berbangga dengan pencaaian kegiatan luar Sekolah berkenaan, bila seorang daripada murid Darjah Limanya, telah berjaya mewakili Perak ke MSSN dalam acara bowling.





Sekolah berkenaan juga melahirkan seorang pemain mewakili Negeri Perak dalam acara Bola Sepak.

Saya juga mengambil kesematan meninjau mangsa-mangsa banjir yang telah pulang ke rumah mereka di Ladang Lembah Keluang dan Kampung Tebing Tinggi, untuk bertanya khabar.