Template by:
Free Blog Templates

13 November 2009

Melawat Warga Emas Yang Memerlukan Perhatian

Kubu Gajah, Jumaat 13 Nov. 2009 - Telah menjadi kebiasaan bila mendapat tahu ada warga emas yang uzur, Saya tidak akan berlenggah untuk melawat sendiri, terutama mereka yang memerlukan bantuan kebajikan.

Saya amat bersimpati dengan Haji Abdul Rahman Ismail, 81 tahun yang tinggal sendirian di rumahnya di Kampung Sangkut. Walaupun dalam keadaan uzur, Saya amat terharu kerana beliau masih mengenali Saya.

Haji Abdul Rahman yang Saya kenali adalah seorang yang sangat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan amat disenanggi oleh penduduk. Beliau kini uzur dan banyak menghabiskan masa di rumah yang kadangkala ditemani oleh menantinya yang tinggal tidak jauh dari situ.


Saya juga melawat, seorang lagi waga emas, Mohd Isa Ahmad, 85 tahun yang tinggal di Kampung Mesjid, Ijok. Beliau yang sudah kurang ingatan, tinggal bersam anak beliau.

Dalam pada itu, Saya juga ambil kesempatan melawat rumah-rumah yang ditenggelami banjir lumpur di Kampung Sangkut termasuk rumah, Fatimah binti Osman, 76 tahun.

Mereka amat terharu diatas kehadiran Saya secara peribadi sambil dapat meluahkan masalah mereka bagi diambil tindakan.

0 comments: