Template by:
Free Blog Templates

30 November 2009

Air Paip Bertukar Menjadi Keruh


Kubu Gajah, Isnin 30 Nov. 2009 - Petang ini, sebaik menerima adun, Saya ke RTBK, Pondok Tanjung kerana air paip di situ, bertukar menjadi keruh dan merisaukan penduduk terutama untuk tujuan minum.

Saya agak terkejut bila melihat dengan sendiri ke beberapa buah rumah bersama dengan Ketua Kampung, Ismail Hashm. Saya memberitahu beliau, malam tadi, ada seorang penduduk menalipon Saya mengenai masalah tersebut.

Ada juga rumah-rumah yang mengalami masalah tekanan air rendah dan amat menyulitkan bila tiba masa untuk mengadakan majlis kenduri kahwin.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Jurutera Lembaga Air Daerah Taiping dan beliau berjanji untuk menyiasat dan memberikan laporan.

Saya sendiri sebelum ini berhasrat supaya didirikan sebuah empangan di Ijok sebagai usaha mengatasi masalah air dan juga banjir. Saya telahpun meminta beberapa juru perunding swasta untuk membuat kajian terperinci mengenai projek tersebut sebelum diangkat ke pihak kerajaan Negeri dan Pusat bagi mendapatkan kelulusan.


Saya berharap masalah bekalan air ini dapat diatasi dengan seberapa segera bagi menggelakan lebih ramai penduduk yang mengambil air tidak bersih dan mengancam kesihatan.

Bersama Ketua Kampung Redang Panjang, Saya kemudian melawat tebing sungai Ijok yang rebak berdekatan Kampung Gelugor yang terdapat beberapa buah rumah cuma beberapa meter sahaja daripada sugai tersebut.

Saya berharap pihak JPS akan mengambil tindakan segera untuk menjojoi tebing sungai tersebut kerana bimbang sekiranya hujan turun dengan lebat ia akan menyulitkan lagi keadaan.

1 comments:

Anonymous said...

sejak bila rajin ni...huhu Sejak ada KPI ke Dato'??