Template by:
Free Blog Templates

6 November 2009

Pengusaha Wajar Bertimbang Rasa


Cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini mendorong Saya meninjau beberapa projek yang sering menjadi rungutan rakyat. selain masalah banjir yang sering mengancam kawasan sekitar Ijok, kerosakan jalan akibat mereka yang tidak bertanggung jawab juga menjadi perhatian Saya.

Jalan masuk ke Ladang Lembah Keluang yang dahulu dibina dengan baik, kini semakin rosak akibat kenderaan berat yang sering menggunakannya. Justeru Saya berharap sangatlah mereka yang terlibat ini, bertanggung jawablah untuk memperbaiki jalan yang rosak yang telah mereka sendiri gunakan itu.

Keadaan jalan ini bertambah parah, jika hujan turun tidak berhenti-henti, mengakibatkan sukar bagi mereka yang bermotorsikal dan berbasikal berulang alik, menghantar anak mereka ke Sekolah berhampiran.

Saya akan membawa masalah ini ke pihak yang berkenaan untuk mendapatkan perutukan bagi kerja-kerja membaik pulih jalan tersebut, jika dibiar lagi lama, akan menjadi masalah besar dan sukar untuk mengatasinya.

Saya juga turut meninjau mengenai masalah bekalan air bersih kerana pada masa ini kos pemasangan paip ke situ amat tingggi, kerana terlalu jauh. Dalam hubungan ini, Saya sendiri telah meminta pihak Lembaga Air Daerah untuk bertindak segera. Saya juga berharap pihak ladang jangan melepas tangan dalam hal ini.


Pada masa ini, penduduk-penduduk yang terlibat mengalamai masalah mendapatkan air bersih, kecuali jika mereka sendiri sanggup memohon untuk memasang bekalan air paip sedia ada, tetapi masalahnya mereka memberi alasan tidak mampu berbuat demikian.

Sseperti biasa, Saya juga melawat dan meninjau penduduk warga tua yang memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meyara hidup keluarga mereka. Di RTBK, Pondok Tanjung Saya telah ke rumah, puan Saneah binti Ramlee, 70 tahun yang tinggal bersma anak lelakinya yang berusia sekitar 50an.

Saya juga melawat seorang pemuda India, yang terlantar saktit sekelepas kemalangan jalanraya di rumahnya di Titi Ijok. Saya juga sempat bermesra dengan beberapa orang keluarga India di kawasan di DUN Kubu Gajah.

Saya juga sempat menziarah jenazah, Alahyarham Ramli Jaafar atau lebih dikenali Pandak Omar, 74 tahun seorang tokoh Veteran UMNO yang telah pulang ke rahmatullah di rumah beliau di Felda, Ijok.

Ketika hayatnya, beliau seorang tokoh yang amat disegani bukan sahaja di Felda, Ijok,bahkan di Bahagian Larut kerana ketegasannya menyuarakan pendangan dan pendapat. Beliau amat disegani di kalangan anak-anak muda di Felda.

Diucapkan takziah kepada keluarganya, semoga rohnya sentiasa disisi orang-orang yang solleh. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, pagi ini.

7 comments:

Budak Kuala Kenas said...

What is this story about?
Any representative, whether UMNO, PAS, DAP can wonder around meeting people here and there.. then say something long the way, just like what you do.. that is what UMNO has been doing but I think wakil rakyat should do and deliver better than these... harap ADUN2 BN benar2 faham tentang KPI, belajar camana nak deliver.. hentikan cakap2 kosong..

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

sebaik-baik manusia jauhilah fitnah dan buruk sangka keran akhirnya allah s.w.t yang lebih mengetahuui. setiap yang baik itu datangnya dari allah. sabar itu separuh daripada iman.

tabuan said...

akm dato,
Mengenai bekalan air bersih memang saya faham dan pernah saya jelaskan punca-punca kerosakan sumber air dan ketidak mampuan penduduk kampung membuat bayaran masuk dan bayaran BIL bulanan.
Selain itu kalau masuk air LAP (Lembaga air Perak) bila hujan contoh hujan di Ulu air Itam ( Bekalan air akan di tutup, kadang kal sampai 2 hari, malh penutupan ini tanpa sebarang Notis.

2.Maaf, pasal lawatan mengejut dato (Siri 2) mungkin lepas ini banyak lagi siri, harap kamera dato dalam keadan baik, jangan lupa charge bateri,nanti tak boleh ambik gambar dato nak bubuh dlam blog.

3.Mengenai Rumah guru yang tak didiami, saya berpendapat, kawasan tempat kita kurang kemudahan, seperti bank, tempat membeli belah, hospital, klinik,dll.
Bila lepas maghrib pekan-pekan di tempat kita akn suram, atau jadi pekan mati.Guru-guru jadi boring, maka mereka memilih untuk tinggal di pekan/bandar.

4.Sebenarnya tempat kita sukar di majukan kerana penduduk kurang, kekurang penduduk bukan kerana org kampung kurang beranak,sebenarnya org kampung ramai anak, ramai modal insan yang di lahirkan, proses mengawan berjalan lancar. TETAPI Mengapa penduduk tempat kita kurang? Malah ada sekolah yg kurang murid...

5.SEbenarnya modal insan ini keluar/berhijrah, sama ada ke KL, Kulim atau pon Penang. MEngapa Mereka Keluar?

6.Mengapa mereka keluar? Jawabpan nya sama macam cikgu-cikgu tadi yang tak berminat tinggal di rumah free (Kuaters Guru) tadi.

7.Maka, tempat kita akan sukar untuk di majukan bila mana penduduk berkurangan, siapa nak ushakan BAS, siapa nak buat pasaraya, siapa nak buka perniagaan besar sekiranya, orng yg nak beli ini semakin berkurangan.

8.Penyusunan dan kajian dengan teliti adalah perlu, supaya kita dapat mengheret orang luar masuk dan berminat tinggal disini, di samping itu kita mesti juga mewujudkan peluang supaya anak muda tak perlu lah berhijrah ke luar.

9.Bagaimana strategy ini hendak di susun? saya bagi cadagan nanti...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saya sendiri telah mencadangkan jawatankuasa tindakan daerah menyediakan pelan induk untuk dun kubu gajah. pegawai daerah telah memberi respon dalam hal ni. ia bertujuan untuk memertingkat kan lagi kemudahan asas dan pentadbiran dun kubu gajah, saya sendiri juga sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk membuka kilang yang sesuai dan lawatan tapak sudah pun dilakukan baru-baru ini. banyak lagi yang kita rancang, tetapi semua itu mengamil masa. mengenai masalah bas, kompleks pendidik di sekolah model khas redang panjang, telahpuns saya jelaskan baru-baru ini. pihak kementerian berkenaan sendiri mengaku kesilapan perancangan ketika projek ini dirancangkan. memang bercakap lebih mudah, daripada melakukannya. siapa yang tidak mahu tempatnya dibangun dan di majukan? masalahnya ialah adanya politik berupa batu api yang masuk kampung bukan hendak memberi nasihat keapda rakyat, tetapi membuat fitnah dan memburukan lagi keadaan. saya bagi contoh, masalah di ladang simpang lebah keluang, jika mengikut logiknya jalan tersebut adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan ladang, tetapi kerajaan bn mengambil inisiatif melaksanakan jalan tar. berhubung dengan bekalan air bersih, saya sendiri telah meminta lap membuat perincian.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

ramai yang menasihat saya selepas ini hanya layan mereka yang menggunakan nama sebenar. kenapa harus takut untuk menggunakan nama sebenar. apa salahnya jika kiata benar-benar ikhlas gunakan lah nama betul kenapa harus guna nama samaran. mereka ini macam tidak mengiktirah atau menghormati pemberian nama oleh ibubapa mereka.

tabuan said...

bukan tak menghormati pemberian nama dato tapi nak ikut " CHEDET"

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saya mengalu-alukan teguran dan pandangan yang membina serta nasihat yang berguna.