Saya sekali lagi melakukan lawatan mengejut ke beberapa buah sekolah Menengah dan rendah di sekitar DUN kubu Gajah untuk mengetahui denga lebih dekat perkembangan sekolah, sambil mengeratkan silaturahim dengan tenaga pengajarnya.
Perihal lawatan ini, telah Saya maklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dan beliau amat berterima kasih.
Perihal lawatan ini, telah Saya maklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dan beliau amat berterima kasih.
Ramai yang terkejut dengan kehadiran Saya di Sekolah Model Khas Perak di Redang Panjang. Sebaik tiba. seorang pekerja am yang perasan dengan ketibaan Saya langsung menjemput ke ruang tempat rehat guru.
Saya sengaja singgah ke Sekolah tersebut tanpa pengetahuan sesiapa kerana hendak melihat sendiri perjalanan Sekolah sambil bertanya khabar dengan Guru-Guru.
Saya sengaja singgah ke Sekolah tersebut tanpa pengetahuan sesiapa kerana hendak melihat sendiri perjalanan Sekolah sambil bertanya khabar dengan Guru-Guru.
Namun yang mengejutkan Saya ialah Kompleks Tempat Tinggal Guru yang tidak digunakan sepenuhnya sejak kira-kira lapan tahun dan terdapat banyak kerosakan. Beberapa buah Kuarters juga tidak diduduki dan ia tinggal dengan pembaziran.
Saya sendiri telah membangkitkan mengenai hal tersebut beberapa kali dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) dan yang terbahru ialah minggu lepas.
Terdapat kira-kira 58 unit tempat tinggal yang masih tidak digunakan di Apartment yang dibina dengan wang berjuta ringgit itu. Begitu lah juga dengan keadaan bangunan Kuarters yang tinggal terbiar dan mengalami keroskan.
Apabila Saya ke sana, banyak yang dapat Saya lihat dengan sendiri. Dalam pada itu, pihak pengurusan sekolah telah memohon sejumlah peruntukan untuk membina sebatang jalan tar yang menghubunggi dengan sebuah Perkampungan Tersusun di situ, tanpa menggangu jalan dalam kawasan sekolah.
Saya memuji usaha Guru dan Pelajar Sekolah tersebut yang mengusahakan projek Ikan Puyu atas inisiatif mereka sendiri.
Sebelum ke Sekolah Model Khas Redang Panjang ini, Saya juga telah melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah, minggu lalu. Terdapat dua buah Sekolah Menengah di DUN Kubu Gajah.

Saya kemudian beredar ke Sekolah Rendah Kebangsaan di Felda, Ijok. Di sana, Saya terkejut kerana cermin bilik rihat guru pun pecah. Saya juga meninjau sebuah Kelas Pendidikan Khas di situ.
Saya juga singgah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang dan meninjau Pusat Sumber yang mohon kemudahan Internet. Saya juga sempat meninjau Mesyuara PIBG berhubung dengan persiapan Sukan tahunan Sekolah.

Pada sebelah petagnnya pula, Saya melawat dua buah sekolah Agama Rakyat di Kubu Gajah dan di Sungai Limau. Saya telah diberi taklimat oleh Guru Besarnya. Tidak dinafikan banyak kekurangan di Sekolah berkenaan termasuk bilangan murid yang hadir.
Pada sebelah pagi, Saya sempat melawat tapak pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan Kampung Yaman, termasuk Padang Bola yang kosnya lebih rm 3 juta.
Pada sebelah pagi, Saya sempat melawat tapak pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan Kampung Yaman, termasuk Padang Bola yang kosnya lebih rm 3 juta.
Saya juga ambil kesempatan melawat seorang penduduk, Yah binti Che Ngah yang hilang penglihatan di rumah sewanya di Redang Panjang dan seorang Warga Tua, Mahmud bin Mat, 70 tahun. Kedua-dua mereka memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan bebanan kewangan mereka.
Saya juga meninjau perniagaan di Pekan Hari di Redang Panjang dan Bangunan Masyarakat Cina yang mohon peruntukan untuk kerja baik-pulih.
6 comments:
Lawatan ke sekolah samada SMK, SK atau SAR perlu dilakukan dengan lebih kerap. Walaupun banyak guru-guru ini kakitangan kerajaan tetapi hakikatnya pada PRU12 yang lalu kebanyakkan guru-guru ini telah tidak mengundi Barisan Nasional.
Lawatan yang kerap walaupun secara mengejut mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa pihak-pihak yang berkenaan tetapi percayalah ianya akan menjadikan mereka lebih komited pada tugas dan tanggungjawab. Taklah bekerja seperti menyapu semua masalah ke bawah permaidani. Masalah tak nampak tetapi rupanya sudah menjadi barah yang amat sukar untuk diperbaiki. Yang lebih penting ianya dapat memastikan halatuju pendidikan negara ke arah yang sebenarnya.
Bukan semua pendidik kita bersikap seperti di atas tetapi sikap seperti ini perlu dicegah daripada awal agar ianya tidak menyusahkan di kemudian hari kerana yang akan menerima kesan buruknya adalah kerajaan itu sendiri.
Semoga usaha Dato Seri mengadakan lawatan mengejut ke sekolah-sekolah dan lawatan ke rumah warga emas atau warga yang memerlukan bantuan bukan bersifat hanya bermusim sahaja tetapi harus menjadi tugas rutin Dato Seri untuk memastikan segala matlamat dan perancangan kerajaan dapat direliasasikan pada tahap yang paling maksima.
Kepada Dato Seri, tahniah diucapkan.
PEMERHATI....
akam..dato
Kerosakan akibat balak,memang memberi kesan kepada keadaan tempat kita.
kerana pengambilan balak secara halal dan haram lah merosakan punca air orang kampung, tangki air sering terkambus bila hujan (tempat kita selalu hujan)org yg tinggal di kg pulak ramai org tua-tua dema tak rok nak naik bukit dato, nak gi cuci tangki air.
Kesan kedua, banjir, sungai ara, pulau damar, malah batu kurau pon banjir, sebelum ni ada ke banjir seperti itu.sebabnya sungai menjadi cetek akibat hakisan tanah balak tadi.
saya memilih melawat sendiri ke sekolah-sekolah adalah kerana untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dengan pengurusan sekolah kerana dapat melihat dan meninjau dengan mata sendiri apa yang berlaku. setakat ini kebanyakan guru amat menyenanggai dengan cara dan pendekatan yang saya buat, kata mereka itu lebih baik. mengenai masalah pembalakan yang mengancam persekitaraan, saya harap pihak berkenaan terutamanya jabatan hutan lebih perihatin. kita tidak nafikan hasil yang diperolehi kerajaan, tetapi pada masa yang sama kebajikan rakyat wajarlah juga diberikan perhatian.
akm..dato..maaf salah tulih pasal balak dalam ruangan lawatan mengejut...
Dalam isu lawatan mengejut dato ini, saya bersetuju pon tidak, tak bersetuju pon tidak.....menganguk pon tidak geleng pon tidak.
Kerana saya tak tahu apa tujuan dato membuat lawatan mengejut ini.
Adakah dengan lawatan ini guru akan lebih tekun mengajar?
Adakah dengan lawatan ini murid akan lebih tekun belajar?
Adakah Dengan lawatan ini banyak murid yang akan cemerlang?
Adakah dengan lawatan ini murid-murid yang miskin, yang pakai kasut koyak, beg koyak, baju lusuh, seluar lusuh. Akan menjadi sebalik nya selepas lawatan mengejut?
Adakah murid-murid yg tak mampu beli buku tambahan akan memperolehi nya selepas lawatan mengejut siri 2 ini?
Tapi saya pasti dato ada tujuan dalam lawatan ini, mungkin ada masalah yg dato dapat selesaikan semasa lawatan ini.
terima kasih atas nasihat dan pandangan. insyallah lawatan sedemikian akan saya teruskan dari masa ke semasa, kerana saya dapat melihat dengan lebih dekat segala perkambangan dan masalah yang berlaku.
tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan dengan pihak guru dan pengurusan sekolah agar kita dapat sama-sama memajukan bidang pendidikan yang begitu penting dalam memajukan masyarakat.
Post a Comment