Template by:
Free Blog Templates

2 November 2009

Program Turun Ke Padang

Dah lama juga tidak ke gerai nasi lemak tepi padang, berhampiran Taman Tasek, Taiping. Beberapa hari yang lalu, tempat tersebut yang sering menjadi tumpuan ramai termasuk bukan melayu, tutup.

Tetapi, semalam, Ahad menjadi rezeki Saya bila gerai tersebut telah dibuka. Pemiliknya memberitahuu beliau terpaksa menutup perniagaan beberapa hari kerana majalis cukur cucu baru beliau.

Sebaik selesai bersarapan,Saya terpaksa bergegas ke satu majlis di Bagan Bahru dan tidak sempat untuk bersembang dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Zamry Mohamed yang juga berada di gerai tersebut.

Ketika tiba di paadang Majlis Daerah Bagan Bahru, festival Nasyid telahpun bermula. Saya terpaksa menunggu seketika sebelum melakukan majlis peresmian. Kebetulan berhampiran dengan program tersebut Saya diberitahu ada kematian dan jenazah akan tiba di Mesjid berhampiran bila-bila masa untuk disembahyangkan.

Sebaik dijemput oleh Ustaz Hasbullah Haji Elias, dalam ucapan perasmian Saya memperjelaskan mengenai Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sidang DUN 28 Okt. lalu dan diluluskan, walaupun cuba diganggu oleh pihak Pembangkang.

Bajet itu lebih kepada memberi insentif dan kebajikan kepada rakyat semua kaum untuk tinggal dengan lebih selesa dan harmoni.

Pada masa yang sama, Saya juga memberitahu bahawa majlis penyerahan dermasiswa bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma dan ijazah akan dibuat pada masa musim cuti tidak lama lagi dan bagi mereka yang telah memohon diharap akan hadir apabila dijemput nanti.

Sebaik meresmikan festival nasyid tersebut, jenazah pun tiba di Mesjid berhampiran untuk disembahyangkan. Pada hari yang sama, ada dua lagi kematian di tempat yang berhampiran.

Saya juga menghadiri tiga kenduri kahwin di Sungai Ara, Ceruk Kecik, Simpang Tiga Gudang dan Kubu Gajah, sebelum meresmikan program celek Komputer anjuran Puteri UMNO Felda, Ijok.

Saya juga meninjau sebatang jalan di Kampung Teras yang meminta Saya mendapatkan peruntukan untuk mengetarkannya.


Sehari sebelum itu, Saya juga melawat tebing rebak di Kampung Sunga Jernih dan parit tersumbat berhampiran projek udang galah serta masalah banjir di Kampung Sangkut. Saya juga sempat singgah di mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Jernih.

Dalam perjalanan, untuk melawat penduduk yang terlantar sakit di Kampung berhampiran, Saya sempat meninjau program bersama mu TV 3, yang membabitkan seorang OKU, Adnan Sani dan keluarganya beliau di Kampung Sangkut.

Sani telah menerima bantuan bulanan RM 300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Agensi Kerajaan yang lain termasuk memperbaiki rumah beliau. Adnan adalah seoang pengusaha bengkel.

Dua lagi keluarga beliau juga OKU, yang tinggal bersama Ibu mereka di situ dan seorang lagi telahpun berpindah ke Kamunting untuk membuka bengkel memperbaiki kereta-motor.

Walaupun, OKU, mereka ini gigih dalam melakukan kerja untuk menanggung keluarga sendiri. Adnan juga mengendalikan bengkel memperbaiki kereta-motor.

Saya juga menemui penduduk yang mengadu mengenai masalah pentadbir di Kampung mereka yang mahukan Saya campur tangan bagi menggelakan sebarang perpecahan.

2 comments:

tabuan said...

Akm dato..moga sihat dan sejahtera hendaknya..

Saya amat berharap program turun ke padang tidak seperti "Burung Gembala Kerbau Ke Turun Padang" "Turun Ke Padang Mencari Belalang"

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas ingatan semoga yang baik itu datangnya dari allah s.w.t.