Template by:
Free Blog Templates

17 November 2009

Empangan Di Ijok Bagi Mengatasi Banjir

Saya merasakan sudah tiba masanya dikaji kemungkinan dibina sebuah Empangan bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda DUN Kubu Gajah dan beberapa kawasan berhampiran terutamanya daerah Kerian.

Saya mencadangkan agar sebuah perunding dilantik bagi mengkaji projek tersebut yang tidak langsung juga akan membawa keuntungan kepada Negeri dan Negara kerana penggunaan empangan tersebut.

Saya sendiri akan membawa perkara tesebut ke pengetahuan Menter Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai langkah mengatasi masalah banjir, akibat daripada limpahan air dari Sungai-Sungai yang sedia ada.

Tidak dinafikan jika banjir melanda kawasan Ijok di DUN Kubu Gajah ia akan mengalir ke Sungai Kerian. Ini tidak termasuk limpahan air dari kawasan Batu kurau ke Sungai Pondok Tanjung, bersebelahan dengan Tasek Bukit Merah.

Perkara ini Saya bawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Taiping.

Menteri Besar dalam lawatannya ke beberapa Pusat Pemindahan banjir di Negeri ini juga menyatakan masalah banjir yang sering berlaku akibat limpahan air di Ijok dan Batu Kurau.

Membimbangkan bila berlaku masalah banjir ialah bukan sahaja kerana harta benda yang akan rosak, tetapi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang sedikit sebanyak akan menggangu tumpuan mereka.

Saya turut melahirkan rasa kebimbangan tersebut ketika meresmikan majlis anugerah Sekolah Kebangsaan Jalan Menteri, Selama.

Saya berbangga dengan pencaaian kegiatan luar Sekolah berkenaan, bila seorang daripada murid Darjah Limanya, telah berjaya mewakili Perak ke MSSN dalam acara bowling.





Sekolah berkenaan juga melahirkan seorang pemain mewakili Negeri Perak dalam acara Bola Sepak.

Saya juga mengambil kesematan meninjau mangsa-mangsa banjir yang telah pulang ke rumah mereka di Ladang Lembah Keluang dan Kampung Tebing Tinggi, untuk bertanya khabar.

3 comments:

Anonymous said...

akm dato, teruk banjir yang melanda tempat kita.

Saya bersetuju dengan melantik consultans bagi membuat kajian dan perancangan untuk mengatasi masalah banjir.


tabuans.blogspot

Anonymous said...

Cadangan membina empangan di Ijok adalah satu cadangan yang menarik dan nampak realistik bagi mengatasi masalah banjir.

Walaupun pembinaannya akan melibatkan kos yang tinggi tapi dari segi jangka panjangnya akan dapat mengatasi beberapa masalah yang kritikal seperti banjir terutamanya yang menyebabkan jumlah kerugian yang tinggi.

PEMERHATI...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saya telah meminta beberapa juru perunding membuat kajian secara kompreshensif mengenai projek ini. bahkan saya juga telah menyatakan hal ini kepada pucuk pimpinan, mudah-mudahan berhasil.