Saya terkejut bila dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada pasukan-pasukan dalam liga Malaysia musim lalu gagal membayar elaun perlawanan pengadil yang bertugas.
Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah mengarahkan sekretariat Pengadil untuk menyediakan maklumat terperinci mengenai perkara tersebut supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Begitupun, bagi menggelakan masalah seumpama itu berulang, Sekretariat Pengadil FAM sendiri yang akan mengurus pembayaran elaun tugas perlawanan pengadil mulai musim yang akan datang.
Itu adalah mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengadil FAM yang Saya pengerusikan sebaik dilantik baru-baru ini. Banyak perkara yang dibincangkan termasuk Sekretariat Pengadil akan mengeluarkan Directory bagi tujuan rujukan.
Jawatankuasa itu juga bercadang mendapatkan seorang Pengadil dari Luar Negara bagi perlawanan akhir piala FA dan piala Malaysia musim akan datang. Jawatankuasa itu pada mulanya merancangkan mendapatkan khidmat seorang pengadil luar pada perlaanan akhir piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan baru-baru ini, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana pengadil berkenaan juga terlibat dengan urusan di Negaranya pada masa yang sama.
Tujuan pengadil luar dibawa bukanlah bertujuan memperkecil-kecilkan kebolehan pengadil tempatan. Pengadil Negara juga mendapat pengiktirafan FIFA dan Malaysia telah ditawarkan satu lagi tempat sebagai pengadil FIFA menjadikan daripada lima kepada enam. Calonnya telahpun dikemukakan.

Program pertukaran pengadil ke beberapa buah Negara lain, terutamaka peringkat Asean juga turut dibincangkan, selain menghantar mereka berkursus ke Kelab-Kelab Eropah. Begitupun rancangan itu tertaluk kepada kelulusn FAM sendiri kerana melibatkan kewangan.
Mengenai aduan terhadap mutu pengadilan, Saya juga diberitahu walaupun ramai pegawai yang membuat kritikan di media, tetapi yang betula-betul serious membuat aduan secara resmi liga Malaysia musim lalu, cuma seoang sahaja.
Ini menunjukan mereka tidak serious dalam perkara tersebut.Barangkali sekadar melepaskan geram kerana kalah, tetapi tidak bertindak untuk membuat aduan secara resmi sebagaimana yang diarahkan oleh FAM.
Saya menyeru agar aduan mengenai pengadil hendaklah dibuat secara resmi bagi menggelakan sebarang tindakan yang akan dikenakan oleh Jawtankuasa Displin.
Lagipun adalah tidak adil pengadil dikritik secara terbukat kerana mereka tidak berpeluang untuk mempertahankan diri secara terbuka.
2 comments:
Apakah dapat FAM membayar terus kepada pengadil elaun tugasan sebelum atau selepas tamat sesuatu perlawanan? Jangan cakap tak serupa bikin???
Apakah kaedah yang YBM Dato' akan praktiskan?
mulai musim akan datang sekretariat pengadil fam diketuai kol. kamaruddin akan uruskan terus bayaran tersebut tidak lagi melalui pasukan. nak tanya kenapa tak guna nama sendiri, kan baik jika ikhlas.
Post a Comment