Template by:
Free Blog Templates

11 November 2009

Banjir Lumpur Menakutkan

Kubu Gajah, Rabu 11 Nov. 2009 - Pada mula Saya hendak ke rumahnya beberapa hari yang lalu, hujan turun dengan lebat, hinggakan menghalang saya mengharunggi sebatang sungai untuk sampai.

Saya sekali lagi ke sana, walaupun hujan turun renyai-renyai, tetapi kali ini Saya bertekad untuk melihat sendiri rumah Saadih Mat Desa, 63 tahun di Kampung Charoik Salak di Sunga Jernih, Ijok penuh dengan lumpur akibat banjir.

Tetapi, kali ini Saya bersama beberapa orang penduduk dan Jawatankuas Bahagian menggunakan titi gantung utuk ke rumah Saadiah. Selepas meninjau dan melihat sendiri keadaan rumah beliau, Saya bersetuju agar beliau berpindah ke tapak yang lain yang selamat.

Rumah beliau bukan sahaja sentiasa terdedah kepada ancaman banjir, tetapi tidak selamat kerana berdekatan dengan sungai.

Sungai Jernih dan Kampung sekitar sering menjadi ancaman banjir. Saya telahpun meminta pihak JPS terutamanya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) untuk bertindak segera bagi mengatasi masalah banjir yang sering mengancam penduduk terutama mendalami sungai-sungai yang terbabit.

Baru-baru ini hasil desakan, pihak JKR telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1 juta untuk menambah kerja-kerja tambahan berhampiran Jambatan projek Jalan baru, Kampung Mesjid-Ulu Mengkuang melalui Kampung Teras.

Saya juga berkesempatan melawat beberapa lagi penduduk yang memerlukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti Razali Abdul Rahim, 57 tahun seorang OKU yang tinggal bersama kakaknya dan Ropiah Jusoh, 70 tahun di Kampung Sungai Jernih.

Saya berharap pihak berkenaan dapat membantu menggurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

0 comments: