Kubu Gajah, Isnin, 23 Nov. 2009 - Hari ini pada mula bercadng hendak masuk ke kawasan ladang untuk meninjau keadaan penduduk di sana, tetapi sebaik tiba di Pekan Kubu Gajah, hujan turun agak lebat.
Sementara tunggu, hujan berhenti, sempat berumpa dengan beberapa orang penduduk dari Kampung Sungai Jernih yang baru balik dari Pejabat Kebajikan untuk mengambil bantuan saraannya dan singgah di Pekan Kubu Gajah untuk bertanya khabar.
Cikgu Abu Samah Alidin, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah dan Cikgu Osman Ahmad yang juga Ahli Jawtankua UMNO Bahagian Larut juga ada bersama, kebetulan masa ini sekolah baru mula bercuti.
Mak Chik yang mengamil bantuan saraanya itu sempat merayu kepada Saya mohon sekiranya bantuan itu dapat ditambah kerana tidak mencukupi.
Sementara tunggu, hujan berhenti, sempat berumpa dengan beberapa orang penduduk dari Kampung Sungai Jernih yang baru balik dari Pejabat Kebajikan untuk mengambil bantuan saraannya dan singgah di Pekan Kubu Gajah untuk bertanya khabar.
Cikgu Abu Samah Alidin, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah dan Cikgu Osman Ahmad yang juga Ahli Jawtankua UMNO Bahagian Larut juga ada bersama, kebetulan masa ini sekolah baru mula bercuti.
Mak Chik yang mengamil bantuan saraanya itu sempat merayu kepada Saya mohon sekiranya bantuan itu dapat ditambah kerana tidak mencukupi.
Program gempur bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kerap diadakan di DUN Kubu Gajah untuk membantu mereka yang tidak mampu.
Saya juga telah meminta semua Ketua Kampung dan JKKK untuk mengumpul maklumat keluarga yang layak mendapat bantuan, tetapi masih belum lagi memperolehinya, samada permohonan mereka pernah dimajukan atau belum.
Ini kerana masih ramai yang merungut kerana permohonan mereka ditolak. Saya sendiri akan membawa perkara tersebut untuk mendapat penjelasan daripada pihak berkenaan, kerana mengikut mereka ada pemohon yang layak, tetapi tidak lulus manakala yang tidak layak, tetapi mendapat perhatian.
3 comments:
akm dato..saja tanya kaba musim hujan, nak gi motong pon tak buleh, nak kutip derian, nak jual murah, kapoh teruk sangat, 4 butir kira sebutir, baik sedekah ke babi tak sakit hati... nak gi mukat ikan di pondok tanjong semalan gi dah...ikan pon dah kurang "A" besar sangat..., hujan dok rok-rek-rok rek, turun tak bereti...start mutu gi jelai pekena roti canai sambil dok gebang pasal politik ...
Sembag-sembang punya sembang, dema dok mengumpat dato, dema kata tok raja tu orang tak mboh dah...pasal tu dia kena turun pangkat, saya mengaru kepala yang tak gatal....
"Dulu dia wakil rakyat batu Kurau, lepas tu jadi wakil parlimen, gi parlimen kita ingat dia buleh jadi menteri bawak kelek projek kut kapong kita, tapi dia tak dak kelulusan nak jadi menteri setakat ada SPM jehh...tu pasal dia tak leh jadi menteri..mung tenguk tok hamzah mari sini sat jerr..menang-menang terus jadi timbalan menteri"
sambung lagi
"Orang atas dah tak mboh kat dia pasal tu dema hantar balik jadi wakil negeri..dia tu dah tak dak tempat dah di sini,..tapi pasal dia gi teriak kat tajol rosli..tajol ambik gak dia...tapi kalu dato zamri mesti tak dak harapan dah dia nak jadi wakil, mung tengok dia tak ambik pon tok raja jadi exco..tok raja bukan tak ada pengalaman banyak pengalaman dia, besa jadi wakil rakyat, jadi ahli parlimen, jadi pengerusi BNBBC, jadi pengerusi LPKP, tapi tok zamri tak pilih pon dia jadi exco..pasal pa" pasal dema tak mboh dah ke dia...
Tu masa mengundi kemarin dema hantar dia gi duduk dun kubu gajah, nak beri dia kalah, tu pon sikit lagi nak kalah...kalau tidak habis dah dia...
Dulu masa dia jadi ahli parlimen, buleh projek gi lungguk di selama, kita kut batu kurau meleleh air liur, pada hal kita dok undi dia...
Lani dia jadi ketua bahagian, tu nasib Tok hamzah tak buleh lawan, kalu lawan mesti dia kalah, dia ngan hj daud dema pakat, tahun ni mung ambik tahun depan aku pulak..lagu tu bukan gentelman...."
Itulah perbualan kedai kopi waktu hujan....saya hanya sampaikan sahaja..jangan marah
membuat fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. saya berdoa agar mereka yang suka menabur fitnah itu diberi pertunjukan oleh allah s.w.t. justeru bertaubat lah sebelum terlambat. seingat saya ramai yang menjadi ahli parlimen macam saya, seperti prof. datuk dr wan hashim wan teh, datuk nasaruddin hashim, sekadar beberapa nama dari perak. dari johor seperti datuk ir. husni mohamed, dr junaidi, datuk hashim, pegaum dari beberapa negeri yang lain ramai jika hendak sebut. sebab itu kadang-kadang saya malas hendak layan orang yang takut hendak muncul dengan nama sendiri, kenapa harus pakai nama samnaran, takut ke?
Itulah masalah UMNO. Suka menjatuhkan wakil rakyat sendiri. Betul ke apa yang tabuan kata atau hanya rekaan tabuan. Masa ni adalah masa untuk kita bersatu agar Perak tak jatuh kepada MB Boneka. Yang sudah tu sudah lah. Dah memang ditakdirkan Allah. Dato' Seri sekarang telah banyak berubah. Rajin turun ke padang. Cuma lihat-lihatlah ke cawangan-cawangan yang jarang dilawati.Harapan saya agar Dato' Seri dapat merapatkan hubungan antara ketua kampung yang dilantik dengan ketua cawangan yang dulunya tidak mencalonkan Dato' Seri sebagai ketua bahagian. Saya yakin jika ini dapat Dato'Seri laksanakan DUN Kubu Gajah khususnya dan Larut amnya adalah milik UMNO.
Post a Comment