Template by:
Free Blog Templates

29 November 2009

Kenduri Kahwin Di Raya Korban



Awal-awal lagi Saya sudah tiba di majlis kenduri kahwin di Kampung Ceruk Pelanduk. Sebaik tiba saya terus ke bahagian dapur tempat memasak. Sebagaiman biasa, Saya lebih suka makan di situ.

Hari ini, Saya bukan sahaja dapat menceduk gulai daging yang baru masak dari kawah, tetapi juga ikan masih yang disediakan. Berselera dapat makan bersama dengan tukang masak hendak pula ada sambal belacan.

Sebaik melangkah keluar, Saya terima pesanan berulang kali meminta jangan lupa ke kenduri kahwin di Kampung Jambi. Namun tiba di sana, Saya mohon maaf kepada tuan rumah kerana terlalu kenyang kerana makan banyak di rumah kenduri terdahulu.

Begitupun, Saya ambil kesempatan bantu mengisi lauk ke dalam pinggan tetamu yang datang. Saya turut diberi penghormatan menepung tawar kedua pengantin.


Saya kemudian beredar ke kenduri kahwin rumah Ketua Kampung Teras di Ijok. Sebaik tiba, Saya terus ke bahagian dapur dan makan di tempat menghidang sambil berborak dengan mereka yang sedang sibuk menyediakan hidangan.

Dalam hujan yang mula turun renyai-renyai, Saya ke majlis kenduri di Sungai Lempong, Kampung Damak Hilir dan Kampung Sungai Segar.

Selepas itu, ke rumah Ketua Kampung Redang Panjang kerana majlis pertunangan anak sulung beliau dengan orang Bagan Datoh. Tidak jauh dari situ, ada juga kenduri kahwin yang turut Saya hadir.

Alhamdullilah, hari ini Saya banyak menghabiskan masa menghadiri majlis-majlis kenduri kahwin dan pertunangan.

0 comments: