Template by:
Free Blog Templates

12 November 2009

Banjir berlaku akibat Kecuaian Kontraktor


Saya bergegas ke Tebing Tinggi bila diberitahu banjir melanda di situ dan sebelah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Surau Tebing Tinggi.

Kira-Kira enam tahun Kampung Tebing Tinggi tidak ditenggelami air,tetapi kali ini banjir bukan disebabkan semata-mata air naik di Sungai Ijok, juga kerana pembinaan sebuah projek menjojoi di sungai berkenaan tidak memuaskan.

Saya telah mengarahkan Ketua Kampung berkenaan mengenal pasti kontraktor yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan, selain meminta JPS juga bertindak segeramentau sungai-sungai yang dikuatiri boleh mengancam penduduk yang rumah mereka terletak berhampiran dengan sungai.

Ketua Kampung harus tahu dan ambil tahu segala projek yang dilaksanakan di bawah penjaan mereka dan jika ada yang tidak mengikut spekfikasi ia perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan.


Bersama Ketua Kampung, Azemi Sabaran dan ahli JKKKnya Saya juga melawat dan meninjau sekitar kawasan banjir di tepi tebing Sungai Ijok, dekat Tebing Tinggi.

Saya juga akan meminta jasa baik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk memberi peruntukan bagi mengatasi masalah banjir yang sering mengancam DUN Kubu Gajah, terutamanya di kawasan Ijok dan Kampung sekitarnya.

Saya juga melawat beberapa buah rumah yang dilanda banjir di Kampung Titi Ijok, dekat dengan Kubu Gajah. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Kebajikan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Zambri Mohamed.


Beberapa keluarga di Kampung Titi Ijok yang terlibat, bagaimanapun berpindah dan mereka kebanyakannya menumpang rumah saudara mara.

Terima Kasih kepada Jabatan Masyarakat, Polis dan penduduk yang telah membantu memindahkan mangsa banjir.

Saya nasihatkan penduduk-penduduk supaya jangan ragu-ragu untuk berpindah jika keselamatan mereka terancam.

3 comments:

Anonymous said...

Kami di Selama,Kubu Gajah,Tebing Tinggi,Changkat Lobak,Permatang Tengah,Selekoh,Alor Pongsu,Bagan Serai yang kena Banjir teruk sekali ,adalah Rakyat Malaysia bukan Rakyat Indon Padang atau China Tanah Besar!!!!
Kenape dan mengape tidak satu NGO macam Mercy atau ACCIM yang datang tolong Kami di sini.
Mercy Malaysia Islam aid dan lain lain ,Persatuan isteri Menteri, dan isteri menteri Besar pi mane,koma semua tak seaor ke ribuan orang Rakyat malaysia memerlukan bantuan segera.
Kalu macam ini 1Malaysia ta ada apa apa lah kut,
dulu bencana gempa bumi di tanah beso cina,ACCIM bagi 1,000,000 USDD$
Sekarang kami tungggu kedatangan ape,?
askar pun tade nampak askar laut tak ade, Heli pun taade, semua cari tempat glamo glam ,pikior lah sikit .....
tade maruah tade malu nak tunggu TV ke pompuan pompuan putri ke?
,
keciwa bebenor dengan sikap semua rakyat Malaysia termasuk dengan orang cina yang hantar duit ke cina wal hal PRC tuh, terkaya no 3 di dunia.!!!!)
o sah kome nak cerite tebatan banjir yeop,lame punye cerite,kite mahu bantuan dan prihatin segera
EMBE Tok Zambri datang sekali cukup ke,di mane kome kemah semalam ,ke naik tidor di ipoh,

changkat lobak
arjuna waspad

Anonymous said...

DYAM Dr Nazrin melawat kami di Sek Men Alor Pongsu.
Menjunjong Kasih Tuanku.
Daulat Tuanku !
Daulat Tuanku !
Daulat Tuanku !

changkat lobak.
arjuna waspada.

Anonymous said...

Masalah Kg Tebing Tinggi di Kubu Gajah atau yang lain di daerah Selama tidak pelulah dikaji begitu mendalam kerana semua wakil rakyatnya sudah pun tahu jawapannya, kalau tidak sudah tentu wakil rakyatnya yang pertama tidak membina rumah di Pulau Pinang dan Ipoh dan yang sekarang di Taiping dan di Ipoh. Di Selama macam buat stor kontraktor dan rumah persinggahan sahaja. Yang pertama dahulu sebelum jadi EXCO pun sudah lari ke Ipoh. Salah satu jawapannya mungin tiada pembangunan di Sungai Bayor atau Kubu Gajah. YB yang dahulu, misalnya, anak Batu Kurau tapi buat rumah di Taiping. Jawapannya juga, sekali lagi, mungkin tidak ada pembangunan disitu.

Yang ada banyak di belakang rumah bapa YB Kubu Gajah ialah ular sawa, ular tedung dan biawak besar-besar. Bila malam takut hendak melintas dekat situ kerana saya pernah jumpa ular sebesar batang pinang. Di depan terdapat sarang rumah tedung selar. Di belakang tempat ular sawa. Kalau saya pun akan lari ke IPOH jika keadaannya demikian. Semua wakil rakyanya tidak suka duduk di Kubu Gajah atau Selama kerana tidak ada pembangunan di situ walau pun saya lihat ada pembangunan seperti pembenaan surau, naik taraf jalan
dan sekolah tapi tidak cukup untuk mengamit mereka pulang berumah di kampung.

Saya juga pernah berjumpa ular di belakang rumah YB Selama di belakang Kubur India, berhampiran belakang hospital. Monyet pun sentiasa tunggu masa hendak masuk hospital sahaja. Apa salahnya tahan jerat dan hantar mereka ke Pulau yang berdekatan.
Cina-cina di situ pun tidak mahu tanam sayur lagi.

Kalau boleh buatlah lampu depan rumah bapa yang berhormat ADUN K.G.
(tak payah tunggu kerajaan)supaya saya tidak terpijak ular tedung yang melintas jalan di situ.

Apabila air naik ular ini banyak yang bergantung di kelapa sawit yang dahulunya kepunyaan ahli keluarga YB ADUN Selama. Beliau jual tanah ni kerana JPS tidak dalamkan alor (tempat ular sawa)di situ.

Sekarang ni saya selalu lihat babi sebesar anak lembu jam 1-2 petang di lot sebelah belakangnya.

Salam dari rakyat yang takutkanular