Template by:
Free Blog Templates

2 November 2009

Kerosakan Ketara Akibat Pembalakan

Semalam, Ahad Saya mengambil kesempatan menghadiri Kenduri Kahwin, dua pemimpin Wanita UMNO dalam Bahagian Larut yang menjadi Bisan, di Ulu Mengkuang, Selama.

Selepas itu, Saya sengaja melalui jalan Teras untuk meninjau pembinaan Jalan baru dari Kampung Mesjid ke Ulu Mengkuang. Saya agak terkejut melihat jalan yang rosak akibat projek pembalakan di kawasan yang berhampiran terutama kenderaan berat yang sering keluar masuk.


Projek Jalan Kampaung Mesjid ke Ulu Mengkuang melalui Teras dijadual siap Mei depan dan ia boleh menjimatkan masa kerana jalan tersebut cuma lima kilometer dengan kos RM 15 Juta.

Tanah-tanah di situ bukan sahaja harganya dijangka melambung naik, tetapi juga akan dibangunkan terutama dengan sektor pertanian. Pada masa ini, banyak tanah Kerajaan yang telah diteroka haram.


Oleh kerana untuk sampai ke Teras melalui Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Saya ambil kesempatan singgah untuk meninjau program Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah di Kawasan Parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah.

Saya sempat menemui Guru yang terlibat dengan program tersebut, sambil bertanya khabar mengenainya di kalangan pelajar itu sendiri. Saya juga dapat melihat keadaan tempat di PLKN.

Kemudian, Saya singgah di Projek PPRT di Kampung Sangkut untuk melihat sendiri mengenai Jambatan yang rosak dan memerlukan perhatian segera daripada pihak yang berkenaan.


Saya juga meninjau Parit di jalan utama di Kampung Mesjid, Ijok yang tersumbat dan menjadi tanggung jawab Jabatan berkenaan mengambil tindakan segera.

Kemudian Saya berlepas ke Batu Kurau dan singgah di Pekannya untuk bersembang dengan penduduk tempatan. Ramai juga yang ada di situ termasuk beberapa orang Ketua Kampung dan Ketua Cawangan.

2 comments:

Anonymous said...

Teruskan perjuangan dan khidmat Dato'Seri kepada rakyat.

PEMERHATI...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas dorongan dan nasihat, insyallah.