Template by:
Free Blog Templates

21 December 2013

Tokoh



Bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar telah distiharkan sebagai Tokoh Sukan peringkat Negeri tahun 2013.










Beliau menerima sijil, Tropi dan wang tunai yang disampaikan oleh Anggota EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman bin Yahya di satu majlis Anugerah Sukan untuk Semua (ASUS) peringkat Negeri, malam tadi.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perak, Mohd Azhari bin Muhammad adalah diantara 300 tetamu yang hadir di majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Ipoh.
Datuk Sharul juga dalam ucapannya menyifatkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sebagai Ikon sukan di Perak yang telah berjaya mengharumkan nama Perak dalam persada bola sepak.

Beliau, katanya mencatat sejarah menjadi pengurus pertama memenanggi piala FA yang pertama kali diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 1990 dan lebih manis lagi berjaya menewaskan gergasi bola sepak tanah air, Selangor 4-2 di final dan di gelanggang lawan.

Sebagai pengurus, beliau juga telah menjulang piala berprestij, Piala Malaysia sebanyak dua kali iatu pada tahun 1998 dan 2000.

Sepanjang menjadi pengurus Perak, pasukan Seladang itu juga meraih piala sumbangseh Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1999 dan piala Bapa Malaysia pada tahun 1988.

Pasukan Perak juga dipilih sebagai pasukan terbaik kerana memenanggi piala FA sempena majlis penanugerahan Olahragawan dan Olahrawati Perak pada tahun 1991.

Jasa beliau dikenang kerana banyak melekar sejarah kepada Negeri Perak termasuk menjadi individu pertama  dipilih sebagai Naib Presiden FAM. Beliau adalah juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Amator Perak (PAFA) yang pertama.

Selain pembangunan dan kemajuan bola sepak di Perak, beliau juga merupakan pengasas Persatuan Ping Pong Melayu Perak dan juga pernah memegang jawatan Presiden Badminton Melayu Perak.



















Beliau juga merupakan penggeak pembinaan projek padang rumput tiruan petama di Perak yang dibina dengan harga RM 1.5 juta di Kubu Gajah dekat Selama.

Ditangan beliau juga, Rancangan Tanah Felda, Ijok memperolehi sebuah mini stadium bola sepak bernilai RM 1 juta yang juga sedang dilaksanakan pembinaannya. 

Perak mengumumkan cuti umum dua kali ketika meraih kejuaraan piala FA pada tahun 1990 dan Piala Malaysia pada tahun 2000.

Datuk Seri Raja Dr Ahmad Zainuddin kini turut terlibat dalam sukan lasak seperti 4X4 road to Kubu Gajah. Beliau masih aktif dalam beberapa badan sukan dan bukan kerajaan (NGO) di Perak.

29 November 2013

Peladang


Jumlah ahli pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau kini seramai 3,006 orang.

Jumlah saham terkumpul pula sebanyak rm 641,160.

 





Demikian dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarahnya petang tadi.
 
Perniagaan stesen minyaknya di pekan Batu Kurau sahaja sebulan berjumlah rm 1 juta.







Beliau juga mengumumkan PPK Batu Kurau akan mengadakan hari keluargan peladang awal januari tahun depan yang melibatkan 22 unitnya.

20 November 2013

Kesyukuran

Mantan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menyeru badan-badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu menyokong program kerajaan Perak memajukan negeri ini.




Katanya menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery AbdUL Kadir memerlukan sokongan dan kerjasama padu semua pihak bagi melincinkan program pembangunan.

Beliau berkata demikian di majlis kesyukuran menerima ijazah kehormat doctor of humanities daripada world academy of arts and culture (WAAC) California, USA malam kelmarin.

Seramai 150 orang tetamu termasuk naib ketua UMNO bahagian Larut, Zaidi Dollah, ketua pemuda UMNO bahagian, Amran Ahmad, ketua wanita UMNO bahagian, Saliza Ahmad dan ketua puteri bahagian, junaidah ismail hadir di sebuah pusat perlancongan dekat Kubu Gajah.

Beliau menyeru agar penduduk-penduduk di kawasan parlimen Larut meningkatkan usaha memajukan pekan-pekan kecil Ijok, Batu Kurau dan Selama.
























Katanya walaupun beliau tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi tetap aktif dalam aktiviti NGO dan sukan dalam usaha membantu pembangunan negeri dan negara.