Template by:
Free Blog Templates

29 December 2011

Jalan-jalan kampung





Seperti biasa, Meninjau beberapa lagi jalan kamung yang perlu dilaksanakan dan Saya sendiri akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan.

Jalan-Jalan kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah ini penting meningkatkan lagi taraf hidup masyarkat yang kebanyakannya tinggal di dalam kawasan pendalaman.

Jalan-jalan kampung ini sering kali menimbulkan kesulitan terutama bila berlaku banjir.

28 December 2011

Jambatan





Kerja-Kerja memperbaiki sebuah Jambatan yang rosak akibat hakisan tebing sungai akhirnya siap.

Saya telah membuat tinjuan keatas perlaksanaan projek tersebut dengan kos sebanyak RM30,000 yang diperlehi daripada Menteri Besar Perak.

Jambatan tersebut adalah kemudahan penduduk di situ dan merupakan perhubungan utama mereka untuk keluar masuk.

Jambatan tersebut penting bagi menggelakan kesulitan terutama bila berlaku banjir yang sering melimpah sungai berdekatan.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga Ketua UMNO Cawangan.

Petanque











Gelanggang Kelab Petanque Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah akan dilengkapi dengan kemudahan tempat duduk bertangga Ayam sebagai usaha menaikan lagi kemudahan sukan tersebut.

Perkara tersebut Saya natakan ketika berucap mersmikan pertandingan Petanque terbuka DUN Kubu Gajah.

Seramai 24 orang peserta mengambil bahagian dalam petandingan tersebut sebagai penutup kalender kelab berkenaan yang diketuai oleh Abdul Karim Ismail.

Pada masa ini, terdapat dua buah gelanggang dengan lampu limpah bagi permainan berlangsung pada sebelah malam.

Sebanyak RM 10,000 diperolehi bagi pembinaan tempat duduk gelanggang tersebut yang terletak di tepi padang Majlis Daerah Selama di Pekan Kubu Gajah.

Kelab dan gelanggang Petanque adalah satu-satu yang ditubuh dan dibina di Parlimen Larut dan merupakan projek kedua terdapat di Negeri Perak.

Kelab Petanque DUN Kubu Gajah ditubuhkan sekitar tahun 2009 dengan ahli seramai 61 orang termasuk kalangan orang dewasa.

Sebagai ADUN Kubu Gajah Saya amat berbangga dengan pembabitan dan pencapaian Kelab tersebut.

Baru-Baru ini, dua wakil mereka telah muncul juara di kejohanan Majlis Kebajikan Anggota Kerajaan yang berlangsung di Negeri Sembilan.

27 December 2011

Lopak



Ketika meninjau jalan kampung di Sungai Jernih yang rosak akibat hujan lebat dan sering menyulitkan pengguna.

Saya berharap perlaksanaan projek ini dapat dipercepatkan memandangkan penting bagi penduduk berkenaan kerana ia adalah satu-satunya perhubungan utama di situ.

Jalan tersebut perlu dibaiki bagi menggelakan kesulitan penduduk termasuk pelajar sekolah di musim hujan.

Surau



Perbelanjaan projek Kerajaan banyak yang boleh dijimatkan jika masyarakat sentiasa mengutamakan budaya bergotong royong.

Jika projek-projek yang kecil yang boleh dilakukan oleh penduduk dan tidak perlu diserahkan kepada kontrektor, saya rasa banyak yang boleh dipercepatkan.

Justeru, Saya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat tampil untuk melaksanakan projek-projek kecil yang tidak perlu diserahkan kepada kontrektor bagi melakukannya.

Saya sempat meninjau pembinaan sebuah bilik air di Surau Sungai Malau Dalam bagi kemudahan penduduk.

Sebanyak RM 3,000 telah disumbangkan bagi perlaksanaan projek tersebut yang dibuat secara gotong royong yang siap dalam masa yang singkat.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Sungai Malau Dalam, Nordin Abu Hasan yang juga Penyelia Kemas Parlimen Larut.

26 December 2011

Kenduri Kahwin


Menghadiri majlis perkahwinan anak seorang Jawatankuasa UMNO Cawangan Taman Lela, dekat Kamunting, tenghari tadi.

Kamarul Efendi bin Abdul Rahim, bekas penjaga gol Pasukan Perak telah melangsungkan perkahwinannya dengan Sharifah Norhidayah binti Syed Shaharuddin.

Didoakan semoga perkahwinan pasangan tersebut kekal hingga ke anak cucu.

Rumah







Melawat, sebuah rumah di Kampung Sungai Malau Dalam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah tengahari tadi yang dihempap sebuah pokok getah tua.

Begitupun, tiada sebarang kejadian yang tidak diinggi berlaku keatas rumah warga emas, Sabran bin Antong yang tinggal bersama isteri dan beberapa orang anaknya.

Dalam tinjauan tersebut, didapati kerosakan keatas beberapa keping atap rumah beliau yang perlu diganti dan dibaiki.

Sementara itu, Saya turut melawat sebuah rumah milik Desa bin Din, 76 tahun di Kampung Sungai Malau Luar.

Desa yang tinggal bersama isteri, Aishah binti Saad, 61 tahun begitu gemira menerima kunjungan Saya.

Dalam lawatan itu, Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada kedua-dua keluarga berkenaan.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Sungai Malau, Nordin Abu Hassan.

Belia





Para belia disarankan agar tidak mudah kecewa kerana peluang untuk mereka meneruskan cara hidup yang baik sentiasa ada.

Begitupun, mereka haruslah bersedia menyahut cabaran dan bersedia bersaing jika ingin mencapai kejayaan.

Kejayaan tidak akan datang semudah yang dijangkakan, tanpa mereka sendiri berusaha untuk mencapai cita-cita.

Belia yang berdisplin dan mahu memulakan gaya hidup dari bawah umpama berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, adalah merupakan kelompok yang boleh berjaya.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan satu program belia di Rakan Muda dekat Bukit Jana, Kamunting, pagi tadi.

Ramai mereka yang berjaya pada hari ini, terdiri dari mereka yang bersedia untuk menyahut cabaran dan bersaing secara sihat dalam apa jua bidang.

Mereka yang gagal di bidang akademi, tidak bermakna hidup akan menjadi gelap, sebaliknya jika mereka bersikap tidak berputus asas menjadikan budaya untuk berdikari, peluang untuk menjadi masyarakat yang hebat, tetap cerah.

Pakaian







Sumbangan bantuan RM500 dan RM100 1M Kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas membuktikan bahawa Perdana Menteri mengotakan slogan rakyat didahulukan.

Mana-mana pihak atau individu yang mempertikaikan sumbangan ikhlas Kerajaan BN itu ternyata mereka cemburu dengan kebijaksanaan Kerajaan menjaga kepentingan rakyat, terutama mereka yang benar-benar memerlukannya.

Rakyat tidak pernah mempertikaikan bantuan Kerajaan BN, sebaliknya amat gembira kerana keperhatian Kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang sentiasa mengambil berat masalah dan kebajikan rakyat.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan pakaian seragam Sekolah kepada seramai 30 orang pelajar miskin di perkarangan Sekolah Kebangsaan Pondok Tanjung.

Kesemua penerima itu adalah peserta Rancangan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Manik yang sebahagiannya merupakan penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Sumbangan pakaian sekolah itu adalah acara tahunan bagi meringankan lagi bebanan ibubapa terutama mereka yang tidak mampu menjelang musim baru persekolahan tidak lama lagi.

Turut hadir Ketua Kampung Pondok Tanjung, Abdul Kadir dan Ketua UMNO Caangan, Haji Zulkif Shukur.

Saya turut menegaskan tempuh bagi mereka membuat permohonan mendapatkan bantuan RM 500 itu masih ada, tetapi jika mereka tidak berbuat demikian jangan salahkan sesiapa kerana penerangan mengenainya telah dibuat begitu meluas.

Ketua-Ketua Kampung terutamanya telahpun diarah bagi mempastikan anak-anak buah mereka tidak ada yang tercicir dalam mengemukakan permohonan tersebut.

Tidak ada masalah bagi mendapatkan borang secara percuma di mana-mana Pejabat DUN dan Penghulu, bahkan petugas sukarela juga dilantik bagi membantu memudahkan lagi proses permohonan bantuan tersebut.

25 December 2011

Raja sehari









Beberapa lagi majlis kenduri kahwin diadakan dihujung minggu di Dun Kubu Gajah.

Diantara majlis kenduri itu ialah saudara kepada bendari puteri UMNO bahagian Larut, Mazda Tahir di kampung kelian Gunung di Ulu Ijok.

Suria Bt. Ismail dengan pasangannya Mohd Hawardi Bin Anuar di Kampung Kelian Gunung.

Salmah Bt Tajuddin dengan pasangannya Mohd Sharwani Bin Mohd Nardziddin di kampung Bagan Bahru.

manakala Sharizan Naimi B. Ahmad dengan pasangannya Rozita Bt. Ishak juga di kampung Bagan Bahru.

Warga emas





Seorang warga emas di kampung Teras berusia 86 tahun begitu terharu atas kunjungan saya ke rumahnya hari ini.

Ngah Bin Ahmad, tinggal bersama isteri Ropiah Bt. Mat Zain,60 tahun dan tiga orang anak.

Ngah yang tidak mampu bekerja kini menerima bantuan bulanan daripada Baitulmal dan juga sebuah rumah.

Saya juga melawat seorang lagi penduduk. Ahmad Zaffar Bin Nik Hing 50 tahun isteri Roshanisah Bt Hashim 26 tahun dan beberapa orang anak.

Zhaffar yang mengidap kencing manis beberapa minggu selepas menjalani rawatan di hospital Taiping.

Dalam lawatan tersebut sambil bertanya khabar, saya turut menghulurkan sedikit sumbangan.

Turut hadir ketua kampung Teras, Abdul wahab Bin Mat yatam.