Template by:
Free Blog Templates

9 December 2011

Berkhatan





Mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai bukan sahala dapat menjalinkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat, tetapi juga menggekalkan budaya bersepakat dan berjimat.

Program seumpama itu harus digalakan kerana generai muda harus dipupuk dengan semangat dan budaya saling bersepakat.

Jika semangat sedemikian tidak dipupuk, kita bimbang remaja sekarang akan membuat hal masing-masing dan ini tidak begitu sihat jika Negara mahu melahirkan generai yang bertangungjawab.

Saya meresmikan majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Jawatankuasa Mesjid Kampung Mesjid Ijok, pagi tadi.

Seramai 40 orang kanak-kanak disekitar Mukim Ijok dalam DUN Kubu Gajah menyertai majlis berkhatan beramai-ramai.

Ia dianjurkan sebagai usaha mengumpul kanak-kanak terutama di musim cuti Sekolah sekarang dan dengan cara itu ia dapat menjaling semangat bersepakat.

Pada majlis tadi, ternyata kanak-kanak itu ceria dan hanya menunggu masa untuk dikhatankan, sambil disaksikan oleh Ibubapa dan penjaga mereka.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Mesjid, Nor Azman, Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid, Aziz Jame serta Jawatankuasa Mesjid yang lain.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pilihanraya 13 akan tiba.

Sejajar dengan kerja sosial yang telah YMDS jalankan saya berharap benar-benar pembangunan ekonomi di tempat kita mesti dimajukan.

Yang penting sekarang YMDS perlu juga berbuat baik dengan usahawan dan jutawan tempatan untuk membangunkan DUN Kubu Gajah.

Sebagai contoh usaha ternakan ayam dekat rumah YMDS dan depan rumah pencuri getah Incik Ismail dekat Kubur Tebing Tinggi. Walaupun alibaba tapi ia membangun (win-win). Kalau kita tanam bunga melor dan limau perut sahaja ia hanya untuk kepentinag kuil Hindu.

Boustead mendapat peningkatan keuntungan tahun ini. Kalau tak silap saya lebih 34%. Semua ahli lembaganya ialah bekas askar. YMDS berkawan rapat dengan Menteri Pertahanan. Boleh tidak Boustead bina taman perumahan di Lembah Keluang atau Sungai Malau dan Kubu Gajah bagi Sime Darby.

Cuba YMDS buat baik (lobi) dengan Menteri Kewangan supaya YMDS di lantik jadi pengarah Sime Darby. Elaun pengarahnya lebih baik daripada elaun ADUN.

Saya rasa kelemahan YMDS ialah YMDS tidak tahu hendak membuat kawan untuk membantu membangunkan Kubu Gajah. YMDS berharapkan dengan kerajaan sahaja.

Yang kedua kelemahan YMDS ialah tidak mengenalpasti mereka yang terkenal, terbilang, cemerlang yang lahir di ADUN Kubu Gajah untuk diketengahkan sebagai pakar runding negeri Perak. Saya tahu pakar runding negeri Perak tidaklah begitu hebat dengan orang kita di kawasan ADUN Kubu Gajah. Orang kita ramai yang lebih pandai menjadi pakar runding dan belajar di universiti diranking yang lebih tinggi daripada Temple Universiti (universiti MB kita)

Kalau mereka pandai sudah tentu mereka membangunkan kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan seperti Kulim Hi-Tech. Begitu juga pembinaan lapangan terbang.

Sekian.