Template by:
Free Blog Templates

9 December 2011

Pekan hari






Pekan Hari Jumaat di Kampunmg Mesjid, Ijok sentisa menjadi tumpuan ramai dan amat disenanggi oleh para peniaga dan penjaja.

Pagi tadi, Saya ambil kesempatan meninjau keadaan di Pekan Hari tersebut dengan pelbagai jenis jualan termasuk makanan dan sayur-sayuran.

Ada juga produk-produk dan herba tempatan yang dijual di situ dan sering menjadi tumpuan ramai, selain pakaian dengan harga yang murah.

Saya berharap, tidak ada peniaga atau penjaja yang mengambil kesempatan menaikan harga barang, hanya keana ingin mengaut keuntungan cepat.

Mereka harus ingat jika pelanggan lari, yang akan menanggung rugi adalah peniaga itu sendiri, justeru mereka harus mengutmakan kehendak pasaran.

Begitupun, tempat Pekan Hari itu agak padat dan diharap pihak Majlis Daerah Selama (MDS) dapat mendiririkan beberapa gerai sebagai tempat berteduh jika cuaca buruk.

Saya juga berharap setiap peniaga dan penjajaj yang terlibat akan mengutamakan kebersihan dan jangan membebankan MDS dengan sampah sarap yang ditinggalkan.

2 comments:

Anonymous said...

Nampaknya dato raja akan berundur...
nampak nya blog ini akan tutup...

nampaknya Dato raja akan guna talian hayat nya yang terakhir iaitu guna Isteri sultan Perak yang adik beradik dengan nya untuk desak MB supaya dia di calun kan lagi...

Tunggu akan ada pendedahan baru tentang dato raja & peladang batu kurau...

ini berita dari Malaysiakini ..

Beberapa wakil rakyat Perak yang berkhidmat lebih daripada tiga penggal dan menang dengan majoriti kecil dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12), telah menyatakan hasrat untuk berundur daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kemenangan tipis itu menjadi indikasi terbaik kepada mereka berundur bagi memberi ruang peluang kepada generasi pelapis mengambil tempat

Anonymous said...

YMDS,

MB berjanji hendak membangunkan pekan Ijok dan Kubu Gajah.

Bilakah janji ini akan direalisasikan.

Selalunya sebelum pilihan raya.

BN selalunya menepati janji. (begitu juga susur keluar Alor Pongsu)

Kali ini munkin janji BN tidak dapat ditepatinya kerana strateginnya tiada.

Di Sarawak mereka yang telah membina rumah mereka di atas tanah anugrah yang akan mendapat geran. Inilah yang saya masukan strategi.

Kalaulah strategi yang sama digunakan untuk membangunkan tanah kampung tersusun sudah tentu Redang Panjang, Pondok Tanjung Dan Kubu Gajah akan menjadi seperti pekan Briah.

Bila lagi YMDS hendak membina bandar seperti bandar BRIAH di Pondok Tanjung, Kubu Gajah dan Redang Panjang.

Maksud saya perbandarkanlah kawasan luar bandar. Jangan asyik berpolitik macam orang PAS. Sepautnya PAS membina banyak jenis koperasi menolong umah. Tapi mereka juga asyik berpolitik. Tidak kraetif. Pi mai pi mai tang tu juga walau apa parti pun.

Sekian.